Followers

Thursday, September 10, 2015

Patutlah Najib Tak Berani Pecat Muhyiddin Dan Shafie.. Ini Puncanya?

Patutlah Najib Tak Berani Pecat Muhyiddin Dan Shafie.. Ini Puncanya. Suara akar umbi UMNO ternyata telah menggerunkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti itu.

Bekas Naib Ketua UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, suara akar umbi berjaya menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dan Shafie di sebalik khabar angin mengatakan mereka akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada Rabu.

“Menyingkirkan daripada Kabinet memang kuasa Najib selaku Perdana Menteri, tetapi memecat atau menggantung jawatan mereka yang menang dalam UMNO melalui undi perwakilan tidak seharusnya meremehkan suara akar umbi itu sendiri.

“…Dan cuba bayangkan apa keputusan MT jika tiada sebarang reaksi bantahan daripada akar umbi UMNO?,” tulisnya.

Menulis dalam blog shahudindotcom.blogspot, dia berkata, ketidakberanian Najib mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie juga berpunca daripada kebimbangan ia akan membawa kesan lebih buruk kepada UMNO sekaligus menjejaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.


Patutlah Najib Tak Berani Pecat Muhyiddin Dan Shafie.. Ini Puncanya

“Dengan perpecahan yang bakal berlaku itu, bukan saja harapan mengekalkan kuasa UMNO dan BN di peringkat pusat dilihat akan bertambah sukar, malah ramai yang mengatakan beberapa negeri akan lebih mudah dimenangi pembangkang berikutan majoriti kemenangan tipis saja dicapai BN dalam pilihanraya lalu,” katanya.

Shahbudin turut menyenaraikan beberapa persoalan ekoran pengekalan Muhyiddin dan Shafie.

1. Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi “bisu” atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta demi menyelamatkan jawatan mereka dalam UMNO berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

2. Apakah Tun Mahathir Mohamad akhirnya akan jadi keseorangan dalam menegur dan mengasak pengunduran Najib daripada jawatannya?

3. Mampukah Najib bertahan memimpin kerajaan sehingga PRU 14 dan apakah Muhyiddin dan Shafie akan turut mempertahankan kuasa Perdana Menteri sehingga tempoh itu?

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.