Followers

Thursday, September 10, 2015

Parlimen dunia mana tak benar undi tak percaya? Alyaa Azhar

 
Tak benar undi tak percaya:

Parlimen negara komunis kot?

Pembangkang menolak penjelasan speaker bahawa tiada peruntukan dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan anggota parlimen pembangkang membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Parlimen mana dalam dunia yang tidak benarkan usul tidak percaya,” kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Beliau berkata seseorang perdana menteri dipilih berdasarkan keyakinan majoriti anggota parlimen dalam dewan.

Justeru, katanya, jika berlaku perubahan pada majoriti itu, harus terdapat sebuah proses supaya perubahan boleh dilakukan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam sekali lagi menjelaskan tiada peruntukan Peraturan Mesyuarat yang menyebut ahli parlimen boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

"Tiada langsung dalam peraturan. "(Jadi) Bolehkah saya atas nama demokrasi, demokrasi barat, buat-buat peraturan mesyuarat itu?

Itukan nampak bodoh," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Pandikar juga menegaskan bahawa setakat semalam, beliau belum
menerima sebarang usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.


Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.