Mahathir adalah pengkhianat nombor satu
Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih!
Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa.
Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri.
Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita.
Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu.
Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah :
1. Mahathir telah menghapuskan kuasa raja Bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat.
Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan. Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181
[2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993.
2. Mahathir telah meminggirkan Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun.
Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.
3. Mahathir telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [SAR] Beliau telah memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai usaha untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama ini.
Tujuan sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO.
Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan.
Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu.
4. Mahathir Menghina dan menyekat Islam Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama; Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
Sewaktu ditemubual oleh wartawan pada 18 Ogos 1991, Mahathir berkata, “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
5. Mahathir Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman Kes Anwar Ibrahim; Kes fiasco Tun Salleh Abbas; Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam;
Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu. DUN Likas; Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim; Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran;
Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan Perlantikan Datuk Arifin Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung. Ah!
Terlalu banyak pengkhianatan yang Mahathir lakukan terhadap kita semua, rakyat Malaysia
AMANAH PROGRESIF PEDULI.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.