Followers

Monday, September 21, 2015

PAS Sedia Tinggalkan PAKATAN ?

Najib Akan Dimaafkan Jika Satukan Umno Dan PAS


Gambar Hiasan

Peribahasa Melayu menyebut, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Tetapi bagi bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin, tidak wajar membakar kelambu kerana seekor nyamuk.

“Nyamuk ini tidak perlu dibunuh walaupun ia dianggap lebih berbahaya dari nyamuk denggi kerana dia masih boleh diharapkan untuk menjalankan tugas yang lebih besar,” katanya ketika mengulas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis dalam blognya, Zam berkata, jika Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS, beliau yakin orang Melayu akan memaafkan pemimpin yang diasak pelbagai dakwaan skandal itu.

“Sekiranya Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS maka saya yakin orang Melayu akan memaafkan kesilapan-kesilapan besarnya,” tulis Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Baca Di Sini

gambar hiasan


** Harapan yang semakin cerah setelah PAS mengeluarkan kenyataan untuk menolak sebarang kerjasama politik dalam gabungan Pakatan 2.0.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.