Followers

Monday, September 21, 2015

Jamal Baju Merah Akan Sertai Himpunan Hijau PAS

Jamal cadang sertai Himpunan H60K anjuran PAS


Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau bercadang untuk menyertai Himpunan 60 ribu (H60K) anjuran PAS di Kelantan bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya akan bersama PAS sekiranya objektif perhimpunan itu ke arah untuk menyatupadukan orang Melayu seperti yang ada dalam Perlembagaan.

"Saya ada terbaca artikel yang mana PAS akan berhimpun. Kalau kami yakin dengan manifesto mereka iaitu untuk bawa penyatupaduan ke arah orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kami akan bersama menyokong mereka," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan bersama-sama berhimpun dalam himpunan hijau 17 Oktober depan, Jamal berkata:

"Kita akan turun sekali bersama mereka asalkan tak lari daripada Perlembagaan. Tak ada masalah," katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam di Sekinchan malam tadi.


Ditanya sama ada pihaknya ada mengadakan perjumpaan dengan PAS berhubung perkara itu, Jamal hanya berkata: "Saya boleh katakan ada".

Selain itu, Jamal yang merupakan pencetus kepada himpunan baju merah minggu lalu berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menyertai mana-mana perhimpunan asalkan untuk kepentingan Melayu.

Malah, Jamal juga mengaku bahawa beliau seorang yang bersifat perkauman tetapi "perkauman yang mengikut Perlembagaan".

"Kita tak ada masalah, nak kata kita rasis ke apa. Saya mengaku saya rasis tetapi rasis saya mengikut Perlembagaan yang telah ada. Saya pertahankan hak kita. Orang Melayu kena rasis dengan bangsa dia sendiri tetapi dengan mengikut kontrak sosial.

"Kita tak tuntut lebih, kita pertahankan hak kita," katanya lagi.

Sementara itu, berikutan pelbagai dakwaan terhadap Jamal di media sosial, beliau kini mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Malah, katanya, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap pihak yang didakwanya menyebarkan berita palsu terhadap dirinya.

"Saya telah kumpul maklumat dan saya telah bertemu dengan peguam dan sedang teliti. Kita dah kumpul 60 fitnah setakat hari ini. Dan waktu terdekat kita akan buat laporan polis dan tindakan undang-undang.

"Jadi saya nak beri amaran kepada mereka yang fitnah dan sebarkan berita palsu yang tidak sahih, sesetengah pihak akan berhadapan saman daripada saya," katanya.

Sehubungan itu, ketua Umno bahagian Sungai Besar itu meminta mana-mana pihak supaya tidak mempercayai segala "fitnah" di media sosial.

Katanya, ia termasuk kepada parti komponen BN iaitu MCA supaya lebih bersikap profesional dengan tidak mempercayai segala yang ada di laman sosial.

Ia berikutan terdapat kenyataan daripada MCA bahagian Sungai Besar yang menggesa Jamal untuk memohon maaf kerana dia didakwa mengeluarkan kenyataan "apa salahnya Cina dengan babi".

Justeru itu, Jamal mendakwa kenyataannya berhubung "Cina babi" itu telah diputar belit dan lari daripada konteks sebenar apa yang beliau ingin sampaikan.

"Saya tak kata orang "Cina babi". Yang saya kata bila diaju soalan (dari pemberita) ialah saya nafikan yang saya kata Cina babi. Cuma saya komen, apa masalahnya babi dengan Cina.

"Babi tak ada masalah dengan orang Cina, masalah babi ini hanya dengan orang Melayu kerana orang Islam haram dengan babi. Kenyataan saya diputar belitkan.

"Macam lembu, lembu tak ada masalah dengan Melayu. Cuma kalau kita kata Melayu lembu mesti kita marah. Macam itu juga Cina. Bukan Cina babi cuma Cina tak ada masalah dengan babi, kebanyakkan orang Cina makan babi. Itu yang saya maksudkan," jelasnya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.