Followers

Saturday, September 26, 2015

PAS anggap Najib lebih percaya 1MDB berbanding Bank Negara

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membisu terhadap saranan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz agar segala persoalan berhubung 1MDB dijawab bagi memulihkan nilai ringgit amat menyedihkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membisu terhadap saranan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz agar segala persoalan berhubung 1MDB dijawab bagi memulihkan nilai ringgit amat menyedihkan.

.Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membisu terhadap saranan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz agar segala persoalan berhubung 1MDB dijawab bagi memulihkan nilai ringgit amat menyedihkan.


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih percayakan kenyataan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding teguran Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terhadap syarikat sarat hutang milik negara itu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, tindakan Najib yang membisu terhadap saranan Zeti agar segala persoalan berhubung 1MDB dijawab bagi memulihkan nilai ringgit amat menyedihkan.

Najib yang merupakan pengerusi lembaga penasihat1MDB menurut Tuan Ibrahim, dilihat seperti mengiyakan kenyataan balas 1MDB terhadap saranan Zeti.

"Sebelum ini, Tan Sri Zeti Aziz berkata nilai ringgit akan pulih sekiranya isu 1MDB dijawab dengan sepenuhnya.

"Sedihnya saranan Zeti langsung tidak disambut Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan malah dibiarkan dicemuh 1MDB.



"Kebisuan Najib menonjolkan bahawa seluruh kementerian kewangan dan beliau tidak dapat bertindak dengan adil kerana Najib masih bertugas selaku penasihat 1MDB.

"Bahkan, ia memberikan gambaran yang sangat negatif kepada kewangan negara apabila menteri kewangan lebih mempercayai kata-kata satu syarikat yang dinasihati beliau daripada gabernornya sendiri," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan itu, PAS mendesak Najib agar melepaskan jawatannya selaku menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

"PAS bertegas Najib perlu melepaskan jawatan menteri kewangan dan penasihat 1MDB dengan serta-merta – supaya kedua-duanya tidak lagi bercampur-aduk dan pihak kementerian kewangan dapat mengambil tindakan sewajarnya ekoran nasihat daripada gabenor Bank Negara.

"Apakah Najib bimbang – tanpa beliau sebagai penasihat 1MDB mahupun menteri kewangan, 1MDB tidak mampu bertahan daripada siasatan yang cuba dijalankan pelbagai pihak?" katanya.

1MDB pada 22 September lalu menjawab saranan Zeti dengan menzahirkan kekecewaan apabila syarikat mereka dikaitkan dengan kejatuhan nilai ringgit.

Dalam kenyataannya, 1MDB berkata akaunnya menunjukkan aset syarikat melebihi hutang syarikat dan ia sentiasa mampu memenuhi tuntutan kewangannya.

1MDB berkata, mereka hairan apabila Zeti mengaitkan syarikatnya dengan kejatuhan ringgit. – 25 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.