Followers

Friday, September 18, 2015

Orang Melayu Tidak Berdiam Diri Apabila - kata Cabar

Mafiaboss Melayu II's photo.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.

"Apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. 

Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian semasa merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai ahli 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya walaupun polis menyatakan perhimpunan itu disertai kira-kira 35,000 orang, tetapi beliau berpendapat jumlahnya jauh lebih besar hingga mencecah 150,000 orang.


Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak yang menganjurkan perhimpunan sebanyak 4 kali sebelum ini supaya tidak menganggap mereka mendapat sokongan majoriti sehingga menafikan golongan majoriti yang senyap. 

"Apa-apa sahaja yang berlaku, akan ada tindak balasnya," kata beliau.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata kementerian dan Polis DiRaja Malaysia akan terus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu merobek keselamatan dan ketenteraman awam serta negara," katanya sambil meminta semua pihak di negara ini supaya menghormati antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.