Followers

Sunday, September 20, 2015

Najib Mungkin Tidak Sempat Isthar Darurat.....

 
 
Pak Samad bimbang wujud benih darurat sebelum PRU14

OLEH RAM ANAND

Published: 20 September 2015.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hari ini berkata, tindakan keras Putrajaya terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaannya yang seperti terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu boleh membawa Malaysia ke arah keadaan yang huru-hara.

Anggota DAP itu berkata, beliau membayangkan kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya meramalkan mungkin akan ada keadaan darurat sebelum PRU akan datang. Jika tidak, jika kerajaan masih lemah selepas PRU akan datang, maka ia mungkin berlaku selepas pilihan raya," kata Samad.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku berjudul "Young and Malay" di Rumah Gerakbudaya hari ini.

Beliau berkata, amalan sebegitu tidak sihat dan juga berpendapat, Umno dan Barisan Nasional akan gagal mendapat sebarang sokongan bukan Melayu selepas apa yang berlaku baru-baru ini.

"Mereka mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik, tetapi ia seolah-olah mereka lupa yang Malaysia bukan negara untuk orang Melayu sahaja," katanya.

Pada 16 September, Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) menganjurkan perhimpunan baju merah bagi memartabatkan maruah orang Melayu dan tanda protes kepada perhimpunan Bersih 4 yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang berdepan tekanan semakin meningkat supaya meletak jawatan susulan derma politik RM2.6 bilon yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, pada hujung Julai menyingkirkan peguam negara dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kritikan mereka terhadap beliau khususnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Puluhan aktivis dan pengkritik kerajaan juga ditahan beberapa bulan kebelakangan ini, mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Semalam, bekas ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Haasan, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB, turut ditahan mengikut Seksyen 124 dan ditahan reman 6 hari.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.