PETALING
JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, melawat Mursyidul Am
PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), pagi Sabtu.
Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan melalui gambar yang disiarkan di laman Twitter dan Facebooknya, tengahari Sabtu.
"YAB PM sempat melawat Dato Ustaz Haron Din di IJN sebentar tadi (19/9/15).
"Didoakan moga segera sembuh, Insya'Allah," tulisnya.
Di dalam gambar tersebut, Haron, 74, dan Najib masing-masing duduk di kerusi sambil tersenyum ketika gambar diambil.
Dilaporkan, Haron dimasukkan ke Unit Rawatan Komprehensif IJN pada Khamis lalu berikutan komplikasi jantung.-Mstar

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.