Followers

Tuesday, September 15, 2015

Masih Ada Sinar Harapan Buat Pakatan Pembangkang.. Ini Buktinya


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan PAS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang BN. 

AS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sewaktu ditanya pemberita selepas bertemu pimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.

"Konsensus yang kita capai hari ini adalah kita semua pembangkang. PAS pembangkang, PKR pembangkang, DAP dan Amanah juga pembangkang," katanya kepada wartawan di perkarangan ibu pejabat PKR.

Kenyataan Takiyuddin itu disambut dengan anggukan daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.

"Hakikatnya kami semua adalah pembangkang-pembangkang kepada BN," kata Mustafa menambah kepada kenyataan Takiyuddin.Menurut Mustafa lagi, perjumpaan dengan PKR hari ini hanya membincangkan hubungan yang "akan berterusan".

Ditanya tentang status hubungan kerjasama di antara PAS dan Amanah, Tuan Ibrahim berkata ia tidak dibincangkan dalam perjumpaan bersama PKR petang ini."Amanah pun belum daftar lagi. 

Kita pun tak tahu dia amanah atau tidak," kata Tuan Ibrahim berjenaka.Parti Amanah Negara (Amanah) kini dalam proses penamaan semula selepas mengambil alih Parti Pekerja Malaysia.
Amanah kebanyakannya disertai ahli Parlimen serta ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang popular di peringkat nasional dan merasakan parti itu menyimpang daripada perjuangan asalnya.
Tindakan mereka keluar parti mennyebabkan beberapa pimpinan tertinggi parti itu mengisytiharkan perkahwinan mereka yang berbuat demikian terbubar dengan sendirinya akibat bai'ah yang diangkat sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Kewujudan Amanah serta hubungan rasmi PAS yang terputus dengan rasmi selepas muktamar tahunan ke-60 parti itu menyebabkan status parti Islam itu dalam gabungan pembangkang baharu menjadi tanda tanya kepada orang ramai.
PKR dilihat terbuka menerima PAS dalam gabungan baharu selepas Pakatan Rakyat berkubur secara rasmi namun DAP sehingga kini membantah kemasukan PAS.
 

ADDIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.