Followers

Friday, September 18, 2015

Maruah Melayu tidak terancam, kata Pak Lah OLEH RAM ANAND

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata maruah Melayu tidak terancam, walaupun himpunan ‘baju merah’ dianjurkan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 17 September, 2015.


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata maruah Melayu tidak terancam, walaupun himpunan ‘baju merah’ dianjurkan semalam.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata maruah Melayu tidak terancam, walaupun himpunan ‘baju merah’ dianjurkan semalam..

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata maruah Melayu tidak terancam, walaupun himpunan "baju merah" dianjurkan semalam bagi mempertahankan maruah komuniti itu.

"Saya tidak rasa begitu," kata Abdullah kepada pemberita selepas menghadiri program di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur, hari ini.

"Sepanjang pengetahuan saya itu tidak berlaku sebegitu (maruah Melayu dicabar)," katanya.

Beliau bagaimanapun menambah, "Himpunan Rakyat Bersatu" semalam tidak berunsur perkauman.

Abdullah berkata, perhimpunan boleh dilakukan, sama ada Bersih atau "baju merah" selagi tidak menimbulkan kekacauan ataupun keganasan.

"Saya tidak rasakan ianya berunsur perkauman. Mula-mula ada baju kuning, kemudian baju merah," katanya.

"Semua orang nak tunjukkan sokongan dengan memakai baju-baju ini, cuma jangan bergaduh," katanya.

Puluhan ribu semalam menyertai himpunan baju merah di ibu negara sebagai susulan kepada Bersih 4 yang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.