Followers

Thursday, September 3, 2015

Lester buat tuduhan baru kaitkan Dr M dengan Clare




Bekas wartawan Lester Melanyi membuat dakwaan baru terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Kali ini beliau mengaitkan Rewcastle Brown dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lester bagaimanapun tidak memberikan bukti lanjut ketika diasak wartawan dalam sidang media sebuah NGO dinamakan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) di Petaling Jaya.

Lester mendakwa terdapat rakaman suara perbualan telefon antara Mahathir dan Rewcastle Brown.

“Mahu Clare tulis sesuatu menentang kerajaan,” dakwanya sambil ditemani oleh penasihat undang PMSP Zakwan Hafiz Ahmad Ansari.

Lester berkata beliau tahu berhubung rakaman itu dan kandungannya oleh seorang kerani, "Amy Whitefield, susulan amalan biasa Sarawak Report.

Zakwan pula berkata tidak mempunyai rakaman itu dan terpulang kepada polis untuk menyiasatnya.

Amy ketika dihubungi menolak dakwaan itu dan berkata sudah tidak berhubung dengan Lester sejak 2012.

Julai lalu, Lester mendakwa mempunyai bukti e-mel yang Rewcastle Brown didakwa megaku mereka-reka maklumat terhadap Razak dalam laman pembocor maklumat yang dikendalikannya.

Rewcastle Brown bagaimanapun selepas itu mendedahkan e-mel yang menunjukkan bahawa urusan surat menyuratnya dari Lester diedit sebahagiannya.

Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan, melaporkan dakwaan penyaluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Rewcastle Brown yang berpangkalan di United Kingdom ketika dihubungi berkata Lester mengambil kesempatan ketika beliau tidak berpeluang mempertahankan diri di Malaysia.-MalaysiaKini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.