Followers

Friday, September 4, 2015

Adenan Satem digesa buktikan janjinya, bertindak terhadap Taib

Aktivis anti rasuah memberitahu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kekebalan pendahulunya, Tun Abdul Taib Mahmud daripada sebarang dakwaan perlu berakhir jika mahu rakyat percaya kepada janjinya untuk menamatkan rasuah dalam industri pembalakan tempatan.

Pengarah Global Witness Patrick Alley memberitahu perkara itu kepada Adenan yang turut berkongsi pentas dengannya sebagai ahli panel membincangkan tentang rasuah dalam pelaburan dan pembangunan semasa Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa di Kuala Lumpur.

Taib merupakan ketua menteri Sarawak sebelum Adenan dari 1981 hingga 2014.

Taib kemudian diangkat menjadi yang dipertua Sarawak walaupun pelbagai dakwaan yang mengaitkan kekayaannya dan keluarga diperoleh hasil pembalakan hutan Sarawak.

Adenan ketika mengambil alih pentadbiran berjanji untuk menamatkan rasuah dalam industri pembalakan negeri.

Alley mewakili organisasinya terlibat dalam penerbitan dokumentari pada 2012 mengenai rasuah pentadbiran Taib juga menggesa Adenan mengambil tindakan terhadap Taib bagi membuktikan janjinya.

"Jika tidak menamatkan kekebalannya dan melihat apa yang berlaku dulu bagaimana kamu mahu mengubah masa depan? Apa yang terjadi di Sarawak sudah diketahui seluruh dunia," kata Alley dalam sesi perbincangan bertajuk "Keamanan, Kesamarataan dan Keadilan Sosial: Melawan rasuah dalam pelaburan dan pembangunan menjangkaui 2015".

Alley berkata, Adenan perlu sekurang-kurangnya membekukan aset Taib, keluarga dan kroninya. –TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.