Followers

Saturday, September 26, 2015

Khairuddin masuk hospital, tiada pelawat dibenarkan, kata peguam OLEH NABIHAH HAMID

Peguam Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang mengesahkan yang bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu kini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.

Peguam Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang mengesahkan yang bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu kini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguam Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang mengesahkan yang bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu kini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas beberapa hari ditahan reman mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Peguam Khairuddin, Matthias Chang mengesahkan perkara tersebut kepada The Malaysian Insider.

"Saya terima panggilan daripada polis kira-kira jam 5 petang tadi yang beritahu saya Datuk Khairuddin dikejarkan ke hospital.

"Meskipun begitu, polis tidak membenarkan sebarang pelawat untuk berjumpa dengan anak guamnya itu.

"Tiada siapa yang dibenarkan melawat. Belum dapat apa-apa maklumat lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu Astro Awani Online melaporkan Khairuddin dimasukkan hospital kerana disyaki menghidap demam denggi.

Khairuddin, kata portal itu, mengalami demam panas dan terus dikejarkan ke hospital.

Khairuddin sebelum ditahan di bawah Sosma dipercayai berpunca daripada laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara.

Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.

Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk membuat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Khairuddin masuk hospital, tiada pelawat dibenarkan, kata peguam


Peguam Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang mengesahkan yang bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu kini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.Peguam Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang mengesahkan yang bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu kini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.
Selepas beberapa hari ditahan reman mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. Peguam Khairuddin, Matthias Chang mengesahkan perkara tersebut kepada The Malaysian Insider.
"Saya terima panggilan daripada polis kira-kira jam 5 petang tadi yang beritahu saya Datuk Khairuddin dikejarkan ke hospital.

"Meskipun begitu, polis tidak membenarkan sebarang pelawat untuk berjumpa dengan anak guamnya itu. "Tiada siapa yang dibenarkan melawat. Belum dapat apa-apa maklumat lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu Astro Awani Online melaporkan Khairuddin dimasukkan hospital kerana disyaki menghidap demam denggi.
Khairuddin, kata portal itu, mengalami demam panas dan terus dikejarkan ke hospital.
Khairuddin sebelum ditahan di bawah Sosma dipercayai berpunca daripada laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara.
Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.
Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk membuat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-masuk-hospital-tiada-pelawat-dibenarkan-kata-peguam#sthash.TkjCylhL.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.