Ia menimpa bukan pihak-pihak tertentu sahaja di
negeri itu tetapi melibatkan seluruh rakyat.
Parti itu dan kerajaan
Kelantan yang dipimpinnya selama 25 tahun juga berhadapan dengan
berbagai masalah dan kerenah.
Apakah ia satu kebetulan, selepas ketiadaan Nik Aziz? Kalau kebetulan, kenapa?
Salah
satu perkara atau musibah besar selepas ketiadaan Allahyarham Nik Aziz
ialah negeri itu dilanda bah besar - bah emas yang dianggarkan lebih
besar daripada bah tahun 1969.
Beberapa jajahan di negeri itu di
bahagian Hulu, tenggelam dan dilanda bah menyebabkan ratusan rumah
penduduk hancur atau pun musnah sama sekali. Nilai harta benda yang
musnah puluhan jutaan ringgit.
Bahana itu juga menjadi perhatian dunia dan disifat terbesar dan terburuk dalam sejarah Kelantan.
Bah di
akhir Disember itu memberi pengajaran dan alamat jelas kepada mereka
yang memerhati. Ia memberi keinsafan kepada yang mahu mengambil iktibar
daripadanya.
Walaupun
sudah lebih lapan bulan kejadian itu berlaku, tetapi hingga ke hari ini
masih ada mangsa yang belum mempunyai kediaman sempurna. Mangsa masih
bergulat dengan masalah masing-masing.
Berpuluh mangsa masih tinggal
dalam khemah tanpa kemudahan asas sewajarnya. Pengganti Nik Aziz
menjanjikan dalam tempoh enam bulan sahaja masalah banjir itu akan
selesai. Nampaknya jangkaan itu jauh meleset. Janji belawak bangar.
Musibah
bah itu memberi pengajaran untuk semua tanpa mengira siapa yang bermukim
di Kelantan dan juga di luar Kelantan.
Ia juga seolah-olah menguji
sejauh mana kecekapan kerajaan Pas yang berlandaskan Islam dalam
menguruskan bencana seperti itu. Banjir itu seolah-olah satu "exam"
besar buat Pas Kelantan.
Ternyata dalam "exam" itu ianya tidak lulus
cemerlang. Kalau tanpa bantuan NGO dan Umno mungkin mangsa banjir masih
menderita. Kelemahan pengurusan kerajaan Pas Kelantan terserlah dengan
bencana itu.
Apakah
pimpinan mengambil perhatian di atas apa yang berlaku, atau melihatnya
seperti tikus melihat besi semata-mata?
Atau cukup dengan menerima ia
takdir Allah yang perlu dihadapi dengan doa dan solat hajat sahaja.
Bahawa peristiwa yang berlaku itu sedikit pun bukan disebabkan kesalahan
manusia? Pemerintah?
Itu yang
melanda negeri Kelantan seluruhnya, tetapi musibah lain yang berlaku
selepas ketiadaan Nik Aziz ialah macam mana kerajaan Pas berhadapan
dengan berbagai masalah dan kejadian memalukan.
Pemergian Nik Abdul Aziz
seperti mengundang seribu masalah kepada Pas dan kerajaanya?
Salah
satu ialah kerajaan Kelantan berdepan dengan tindakan saman oleh pihak
tertentu. Dalam bahasa orang kampungnya kerajaan diheret ke mahkamah.
Dizaman Tokguru memerintah kerajaan Kelantan boleh dikatakan tidak
diheret songsang oleh mana-mana pihak ke mahkamah. Dan kalau pun ada
yang cuba hendak membawa kerajaan pimpinan Tokguru ke mahkamah, tetapi
ia berjaya dilengsai di luar mahkamah.
Tindakan
saman ini mungkin tidak menjadi kepelikan kalau yang menyaman ialah
kerajaan negeri atau agensi-agensinya. Sebaliknya yang menyaman ialah
individu atau pihak tertentu terhadap agensi atau kerajaan Kelantan.
Pun
begitu tindakan kerajaan kena saman oleh rakyat atau pihak-pihak
tertentu ini adalah perkara lazim. Kerajaan Malaysia pimpinan UBN juga
tidak terkecuali.
Tetapi kelaziman ini seharusnya dielakkan dan tidak
terjadi di Kelantan. Ini kerana kalau ia berlaku di Kelantan ia memberi
persepsi lain. Ia akan diketawakan oleh orang.
Kelantan
berbangga dengan kepimpinan secara Islamnya. Pengurusan menurut Islam
mestilah telus, terbuka dan jujur atau dipercayai.
Seharusnya sebuah
kerajaan yang mengamalkan prinsip Islam dan bercita-cita besar hendak
laksanakan hudud dan sanggup pula mengangkat "bai'ah bida'ah" patut
terelak daripada kejadian-kejadian yang boleh menimbulkan persepsi
buruk.
Bila
kerajaan disaman, apa lagi kerajaan kalah ia memberi reputasi buruk
kepada kerajaan itu sendiri. Bukan sahaja terpaksa mengeluarkan wang
membelanja kos mahkamah, kena bayar ganti rugi tetapi maruah kerajaan
dinamakan Islam itu juga terjejas.
Orang akan persoalkan macam mana
sebuah kerajaan Islam yang berteraskan kepada prinsip keadilan,
kebenaran bersadarkan hukum-hukum Allah boleh disaman, atau diadukan
kepada mahkamah atas sebab-sebab tertentu. Persepsi buruk timbul disini.
Apakah
semasa dizaman Tokguru keburukan dan masalah-masalah itu sudah ada,
tetapi ia tidak didedahkan kerana menjaga air muka Tokguru? Kalau begitu
bermakna orang yang melindungi itu bersifat munafik.
Hari ini
khabarnya sebuah syarikat milik kerajaan negeri, iaitu Kompleks
Perkayuan Kelantan (KPK) telah diperintanh oleh Mahkamah Persekutuan
membayar ganti rugi kepada seorang individu (syarikat) bernilai lebih
RM2 juta.
Individu berkenaan tuan milik sebuah syarikat perkayuan telah
mengemukakan saman kepada KPK, menuntut ganti rugi kerana dikatakan
melanggar terma perjanjian kontrak dengan KPK.
Katanya
kes ini sudah lama berlaku tetapi ia tidak diselesaikan dengan baik
menyebabkan individu atau syarikat berkenaan terpaksa mengheret kerajaan
negeri ke Mahkamah.
Mulanya kerajaan Kelantan diperintah membayar
sekitar RM1 juta sahaja, tetapi kerana kedegilan akhirnya mahkamah
memerintah bayaran sebanyak RM2 juta, termasuk faedah 4% setahun.
Difahamkan juga cek untuk pembayaran itu sudah dikeluarkan hari ini?
Selain
daripada kes itu khabarnya masih ada lagi beberapa kes melibatkan KPK
yang juga membabitkan kegagalan memenuhi perjanjian. Tindakan mahkamah
sedang dijalankan. Tuntutan yang dikemukakan bernilai jutaan ringgit
juga.
Sebelum
ini Kolej Islam Sultan Islam Putra (Kias) yang merupakan institusi
pendidikan dibawah YIK telah kalah dalam tuntutan saman oleh seorang
kakitangannya yang dipecat tanpa mengikut peraturan.
Sebanyak RM200,000
Kias diperintah oleh Mahkamah Perusahaan membayar ganti rugi itu. Ada
cadangan agar kes itu diselesai secara anak beranak tetapi ada pimpinan
yang agah dan angkuh mencabar agar pegawai itu bawa kes itu ke mahkamah.
Natijahnya
Kias terpaksa membayar sejumlah itu. Bayangkan kalau pendekatan
musyawarah diadakan wang RM200,000 itu boleh diselamatkan mungkin boleh
digunakan untuk membiayai kakitangan Kias bersama Exco membuat lawatan
ke Uganda.
Satu
lagi kes dalam mahkamah ialah tuntutan oleh sebuah syarikat Dae Hanguru
Infra Sdn Bhd dari Korea yang dibatalkan perjanjian kontrak membina
lebuh raya rakyat.
Khabarnya syarikat itu menuntut ganti rugi sebanyak
RM230 juta. Sebelum ini ada cadangan agar pembatalan itu dibuat secara
baik, berunding dengan syarikat berkenaan tetapi tidak dilayan.
Tetapi
kerana kedegilan syarikat itu dibuang begitu sahaja kerana teruja dengan
janji sebuah syarikat lain kononnya lebih berkemampuan untuk membina
lebuh raya berkenaan.
Walhasil
syarikat berkenaan itu juga ditohok kerana masalah kewangan dan nilai
yang disebut harga lebih mahal daripada syarikat dari Korea itu.
Semua
kes-kes membabitkan saman bernilai jutaan ringgit itu boleh diselesaikan
di luar mahkamah sekiranya kerajaan negeri peka dan sedia mendengar
nasihat.
Tetapi kerana pihak yang diberi tanggungjawab atau terbabit
dengan kes-kes itu memandang mudah menyebabkan akhirnya ia terheret ke
mahkamah.
Kenapa
perkara ini semua berlaku, ialah kerana kerajaan Kelantan hari ini tidak
mempunyai pakar perunding yang cekap dalam kes-kes sebegitu.
Di sini
bukan saya hendak mengangkat Husam Musa, tetapi satu hakikat tidak dapat
dinafikan Husam semasa menjadi Exco dan jurucakap kerajaan dizaman
Tokguru dahulu banyak menyelesaikan kes-kes mahkamah membabitkan
kerajaan Kelantan.
Biarlah
kalau ada orang jeluak mendengar nama Husam tetapi hakikat dan
keistimewaan yang ada kepada insan ini tidak boleh siapa nafikan.
Orang
yang menafi hakikat ini adalah mereka yang berhati busuk dan dengki
sahaja. Mereka juga boleh diibaratkan musuh kepada kerajaan legasi
Tokguru Nik Abdul Aziz.
Atas
inisiatif dan kebijaksanaan Husam dalam berunding menyebabkan sesetengah
kes yang hendak dibawa ke mahkamah ditarik balik atau dibatalkan.
Salah
satu perundingan yang mungkin tidak ramai diketahui umum ialah
bagaimana Husam berjaya menyekat kes injuksi pilihan raya membabitkan
kawasan DUN Chempaka dimana Tokguru menjadi calonnya yang dibawa oleh
Umno.
Umno
mempunyai bukti kukuh berlaku kesalahan mengikut tatacara ditetapkan SPR
di DUN itu dan hendak membawa kes itu ke mahkamah.
Tetapi kerana
kecekapan Husam perundingan dilakukannya menyebabkan Umno membatalkan
hasratnya untuk membawa kes itu ke mahkamah. Kerana usaha dan
kebijaksanaan yang tidak pernah didedahkan itu juga maka Tokguru
terselamat dari menanggung malu.
Satu
lagi yang menyerlahkan bukan sahaja kecekapan Husam tetapi boleh
dianggap pengorbanannya apabila berjaya menyelamat air Kelantan
diswastakan buat kali kedua.
Kegagalan penswastaan air kepada syarikat
Thames Water sebelum itu, menyebabkan kerajaan Kelantan mengalami
kerugian ratusan juta. Ekoran itu apabila ada cadangan untuk
menswastakan air Kelantan sekali lagi menyebabkan Husam bertegas agar
penswastaan air yang kedua tidak diteruskan.
Sudah
tentu sekiranya bukan kerana ketegasan Husam yang menasihat Tokguru,
Kelantan akan bergelumbang dengan masalah penswastaan air kali kedua
yang mungkin boleh menyebabkan Kelantan bankrup.
Perbalahan Husam
dengan dua tiga individu sehingga individu berkenaan sanggup memfitnah
Husam sehingga ke dalam muktamar, dan membawa cerita buruk kepada
Tokguru, adalah disebabkan tindakannya menghalang penswastaan kali
kedua.
Tetapi
jasa dan juga pengorbanan Husam itu tidak pernah dinilai ataupun tidak
diketahui pun oleh kebanyakan orang. Sekiranya kerajaan Kelantan ada
orang-orang yang prihatin, berpengetahuan dan cekap dalam perundingan
seperti Husam ini sudah tentu kejadian-kejadian seperti disebut tadi,
kerajaan Kelantan disaman dan terpaksa bayar tidak akan berlaku. Wang
rakyat juga banyak boleh diselamatkan.
[wm.kl.9:03 pm07/09/15]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.