Jaringan
Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan mendesak pihak polis supaya
menangkap dan menyiasat ketua kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor,
Khalid Jaafar di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
JMM membuat gesaan itu ekoran penyebaran video oleh Khalid Jaafar yang didakwanya berunsur hasutan bertajuk 'Hak Orang Syiah Harus Di Pertahankan'.
Ketua pengarahnya, Faizan Mohd Nor mendakwa kenyataan Khalid itu cukup berbahaya terhadap keselamatan negara dan menimbulkan kecelaruan di kalangan penganut agama Islam sendiri.
"Kami minta tindakan tegas diambil kepada Khalid Jaafar sebagaimana tangkapan terhadap Ayah Pin dan pengikut ajaran Syiah yang lain," tegas Faizan ketika ditemui di luar pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur, hari ini.
JMM hadir ke IPD Dang Wangi sekitar jam 2.45 petang bagi membuat laporan polis terhadap satu video Khalid pada 2013 yang dimuat naik dan diviralkan di media sosial yang didakwa jaringan itu boleh memesongkan akidah umat Islam.
Menurut Faizan lagi, pihaknya ingin tahu asama ada tindakan Khalid itu merupakan agenda pakatan pembangkang di Selangor.
"Khalid Jaafar merupakan ketua kakitangan pejabat MB Selangor, jadi kita nak tahu apakah ini agenda MB bawah kerajaan negeri Selangor? soal Faizan.
"Kalau ia satu agenda besar, ini amat berbahaya dan boleh buat umat Islam terpesong terutama golongan belia," katanya lagi.
Justeru itu, Faizan mahu pihak berwajib perlu menghentikan penyebaran video tersebut.
"Video ini telah dimuat naik sekitar 2013 dan kita tidak tahu berapa banyak ia telah dikongsikan dan kita mahu ia dihentikan," kata Faizan.
Faizan berkata lagi, pihaknya juga akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk tindakan lanjut.-Mkini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.