Followers

Tuesday, September 29, 2015

AMK, Wanita PKR desak wakil PAS letak jawatan YDP MAIPP


AMK, Wanita PKR desak wakil PAS letak jawatan YDP MAIPPBUTTERWORTH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang pada Selasa mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf PAS dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat PAS harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.

"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.


Beliau berkata pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri Nur Zarina Zakaria berkata jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Anggota Dewan Undangan Negeri.

Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri.-Mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.