Followers

Saturday, September 26, 2015

Jamal tak sempat sembelih korban esok


Orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lepas, Datuk Jamal Md Yunos, ditahan polis Ampang Jaya malam ini.

Setiausaha beliau, Durrany Izam memberitahu, Jamal dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.

Sebelum itu ketika ditemui media sebelum memberi keterangan kepada polis, Jamal sekali lagi menegaskan beliau tidak akan hadir dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling esok.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilada.

Justeru, kata Jamal esok dia perlu menghadiri banyak program menyembelih korban di kawasannya.

"Esok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban. Jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok. Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya malam ini.

Jamal sebelum ini ketika dihubungi Malaysiakini menafikan beliau adalah penganjur himpunan yang akan berlangsung di Jalan Petaling esok.

Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang merusuh di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas.

Beliau juga berkata, tindakannya menyampaikan pesanan mengenai penjaja Melayu dan Cina di Jalan Petaling dibuat kerana takut menjadi munafik.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.