Followers

Monday, September 21, 2015

Isu 1MDB harus dijawab dahulu sebelum ringgit boleh pulih - Zeti

ZETI: Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik.


KUALA LUMPUR: Isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan sebelum susutan ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata.

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan ringgit naik semula," kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak Bank Negara telah menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.

"Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini," tambah Zeti.

Beliau turut mengakui sentimen pelabur asing terhadap situasi negara kini penting untuk pertumbuhan ekonomi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.