Followers

Friday, September 18, 2015

Imam Dua Masjid Negara Ditampar Ketika Rakaat Pertama Solat Jumaat Sebentar Tadi


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai berketurunan Arab ditahan pihak polis kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim hari ini.

Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan ia terhenti ketika rakaat pertama.

Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad, lelaki itu dipercayai bergerak mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat sebelum menampar Zuhairee yang memimpin solat, memaksa solat dihentikan.

"Saya ingat Imam tersangkut pada bacaannya. Secara tiba-tiba entah dari mana lelaki Arab itu muncul dan terus menampar Imam", jelasnya.

Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan berbahasa Arab, bagaimanapun tersadung pada tripod kamera sebelum ditangkap oleh jemaah yang berhampiran.

Dia seterusnya dibawa oleh beberapa jemaah dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu pihak polis tiba.

Tiada kecederaan serius terhadap Imam Zuhairee dan beliau kembali untuk mendirikan semula solat Jumaat yang tergendala.

Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok pengawal dan ada yang berkesempatan untuk merakam wajah lelaki terbabit yang dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta anggota polis trafik.

Anggota polis tiba sekitar jam 2.10 petang dan membawa lelaki itu ke balai berhampiran.

----------------------------






Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 masjid ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.



Orang ramai dikatakan telah bertindak menangkap lelaki berkenaan dan berlaku sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada polis.

[TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat Jumaat.pic.twitter.com/2M83Vj3vBX

Bagaimanapun sehingga kini kami belum dapat mengetahui punca lelaki berkenaan bertindak demikian. Berita selanjutnya akan dikemaskini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.