Followers

Sunday, September 20, 2015

FBI MULA SIASAT 1MDB - WSJ ADAKAH WASHINGTON BERSEDIA TINGGALKAN NAJIB DAN KEMBALI TUMPU PADA ANWAR?




Selepas "The New York Times" (NYT) satu lagi lidah separa rasmi (baca: mesin propaganda) Rumah Putih iaitu "The Washington Post" (TWP) sudah mula persoalkan kredibiliti DS Najib Razak dalam satu rencana muka depan hari ini. (Rujuk: https://www.washingtonpost.com/opinions/malaysias-prime-minister-is-a-questionable-ally/2015/09/18/f75df424-5d61-11e5-b38e-06883aacba64_story.html)

TERKINI, The Wall Street Journal (WSJ) telah memetik maklumat dalaman bahawa pihal FBI telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan Najib Razak. http://www.wsj.com/articles/fbi-probes-malaysia-development-fund-1442694963?mod=e2fb

Lebih menarik yang tulis pandangan ini adalah "The Editorial" iaitu pemegang kuasa mutlak dalam semua rencana dan berita TWP yang sudah tentu diatur cara dan terima arahan daripada pihak yang lebih tinggi.

Pemergian YB Nurul Izzah untuk meminta bantuan Washington menyelamatkan ayahnya yang sedang dikatakan sebagai "tahanan politik" (political imprisonment) dan disambut secara positif oleh kerajaan Amerika adalah isyarat penting untuk kita baca apa yang tersirat (read between the lines) berhubung strategi diplomasi Washington dengan Malaysia - rasmi (Najib) dan tidak rasmi (Anwar).

Begitu juga dengan beberapa pendedahan berterusan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dalam skandal 1MDB juga seperti kes Altantuya oleh Aljazeera yang dimiliki oleh Qatar iaitu negara klien (client state) Washington menggambarkan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa Amerika bersedia tinggalkan Najib dalam meneruskan agenda Paksi Asia-nya (Asian Pivot) untuk berhadapan dengan Cina.

Mungkin Washington melihat Najib sebagai liabiliti atau seperti pepatah Melayu "habis madu sepah dibuang".

Adakah Amerika sudah tidak dapat apa yang mereka mahukan atau sebaliknya mereka sudah dapat apa yang mereka mahu daripada Malaysia melalui Najib?

Berapa banyakkah "comprehensive agreement" yang telah dipersetujui dan ditangani oleh Najib bagi pihak rakyat Malaysia seperti dilaporkan oleh "The Diplomat" ini? (Rujuk: http://thediplomat.com/2015/09/malaysia-likely-to-pass-tpp-despite-najib-troubles-scholar/)

Mengapa Washington memberi isyarat penting terhadap Anwar Ibrahim?

Yang pasti Obama dan sekutunya tahu berkenaan derma RM 2.6 Bilion kerana mereka mengawal selia aliran telegraphic semua transaksi dalam US Dollar melalui SWIFT yang digunakan oleh "Penderma Misteri" kepada akaun peribadi DS Najib untuk UMNO itu.

Yang pasti setelah Obama dan Najib bermain golf bersama, duduk berdua dan ber"selfie" dalam kenderaan rasmi Presiden yang diberi jolokan "The Beast", Amerika sebagai "superpower" masih pragmatik.

Mereka yang naikkan Saddam Hussein dan Suharto mereka jugalah yang gulingkan bila sudah tamat tempoh kegunaan kedua-dua pemimpin itu. Yang kekal hanya satu: kepentingan negara Amerika sebagai satu hegemon.

Yang pasti Amerika mahukan Selat Melaka untuk lancarkan "Doktrin Carter" (Carter's Doctrine) seperti yang telah lama berjalan di Teluk Parsi.

Untuk itu mereka bersedia gunakan mana-mana pihak yang bersedia melakukan "Faustian Bargain". Harganya ialah kedaulatan negara bakal tergugat.

Rujuk lagi:

1. Apakah pembongkaran skandal 1MDB satu bentuk konspirasi tangan-tangan asing?
http://www.rausyanfikir.com/2015/07/apakah-pembongkaran-skandal-1mdb-satu.html?m=1

2. "Memulas Tangan" Najib (Arm-Twisting Najib): TPPA satu senjata ekonomi Amerika untuk menguasai Selat Melaka http://www.rausyanfikir.com/2015/07/memulas-tangan-najib-arm-twisting-najib.html?m=1

3. Mungkinkah Amerika siasat 1MDB?
http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/mungkinkah-amerika-siasat-1mdb-1.399923

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.