Followers

Saturday, September 5, 2015

BREAKING NEWS - Seorang Timbalan Pendakwaraya Dilaporkan Hilang




Kehilangan Kevin menjadi viral di kalangan ahli keluarganya yang meminta kerjasama semua pihak untuk memaklumkan sebarang berita mengenainya.


KUALA LUMPUR, 5 September:

Timbalan Pendakwaraya terkenal, Kevin Anthony Morais dari Jabatan Peguam Negara dilaporkan hilang.

Beliau yang juga bekas orang kanan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan, dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, seorang rakannya cuba menghubungi beliau pada hari itu, bagaimanapun, tidak dijawab.

Sumber memberitahu The Rakyat Post, pemeriksaan di pejabatnya mendapati, beliau gagal hadir ke tempat kerja pada Jumaat lalu.

Rakan beliau kemudian dikatakan menghubungi abang sepupunya, Datuk Richard Morais, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jinjan pada jam 6 petang tadi.

Kehilangan Kevin menjadi viral apabila ahli keluarganya merayu untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai kehilangannya.

Difahamkan, Kevin kali terakhir menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Pada masa sama, sumber SPRM mendedahkan bahawa Kevin kebali ke Jabatan Peguam Negara selepas menyelesaikan tugas di SPRM.

“Dia sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai pendakwaraya di SPRM,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul Assistant Komisioner R Munusamy mengesahkan ada laporan dibuat di balai polis daerah.

“Saya hanya boleh mengesahkan ada laporan dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/05/timbalan-pendakwaraya-kevin-morais-dilaporkan-hilang/#ixzz3ksUUF1AD.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.