Followers

Thursday, September 3, 2015

Bersih 4.0: Tun M Di Luar Negara, Kembali Dari Jordan 9 September


Bersih 4.0: Tun M Di Luar Negara, Kembali Dari Jordan 9 SeptemberPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad buat sementara waktu tidak dapat disoal siasat oleh pihak polis berhubung kehadirannya pada perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lalu berikutan beliau kini berada di luar negara sehingga 9 September.

Menurut pembantu peribadinya, bekas perdana menteri itu ketika ini sedang membuat kunjungan ke Jordan.

"Ia bergantung kepada polis untuk memanggil Dr Mahathir pada bila-bila masa yang mereka mahu. Bagaimanapun, beliau ketika ini di luar negara," katanya pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu berkata, bekas perdana menteri itu bersama ahli politik lain termasuk Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung perhimpunan Bersih 4.0.

Pada malam Sabtu lalu, Dr Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kunjungan mengejut ke Dataran Merdeka.

Beliau kemudiannya membuat kemunculan kedua pada hari berikutnya dan memberikan ucapan pada perhimpunan itu dengan mendakwa pemimpin Umno terlibat dengan rasuah.

Dr Mahathir kemudiannya menjelaskan menerusi kenyataan di blognya bahawa penyertaan beliau dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan solidariti namun beliau bukan penyokong penganjur himpunan itu, Bersih 2.0.- Mstar



Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com



Zar Ali's photo.Zar Ali Jalan terbaik PM Najib kena bertolak ansur dan BEBASKAN DS ANWAR IBRAHIM - lantik DS Anwar sebagai PENASIHAT EKONOMI NEGARA - Lagipun DS Anwar adalah Menteri Kewangan TERBAIK selama 8 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.