Followers

Thursday, September 3, 2015

Bekas timbalan pengarah SB akhirnya terima surat minta penjelasan OLEH MUZLIZA MUSTAFA


Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menerima surat tunjuk sebab daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang meminta beliau untuk memberikan penjelasan bertulis tentang mengapa beliau melanggar tata etika sebagai anggota polis. Beliau mempunyai 2 minggu untuk memberikan penjelasan.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menerima surat tunjuk sebab daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang meminta beliau untuk memberikan penjelasan bertulis tentang mengapa beliau melanggar tata etika sebagai anggota polis. Beliau mempunyai 2 minggu untuk memberikan penjelasan.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador akhirnya menerima surat minta penjelasan daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berikutan memberi kenyataan kepada media berhubung perpindahan mengejut beliau dan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hamid menerima surat yang ditandatangani Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, yang meminta beliau untuk memberikan penjelasan bertulis tentang mengapa beliau melanggar tata etika sebagai anggota polis dengan mendedahkan perkara itu kepada media.

Beliau mempunyai 2 minggu untuk memberikan penjelasan.

Hamid, ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima surat itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Khalid minggu lalu memberitahu media Hamid akan diberikan surat minta penjelasan berikutan kenyataannya kepada media mengenai perpindahan beliau dari unit perisikan polis dan 1MDB.

Ketua polis negara itu berkata, Hamid terikat dengan peraturan pasukan polis dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan sendiri kepada media.

Hamid dipindahkan bulan lepas bagi menyandang jawatan baharu sebagai timbalan ketua pemakaian seragam baharu, bahagian jenayah transnasional di di Jabatan Perdana Menteri yang akan melaporkan terus kepada Perdana Menteri.

Hamid berkata beliau percaya pemindahan itu bertujuan untuk meletakkan beliau di tempat "simpanan sejuk beku" kerana jawatan dan unit ditubuhkan dengan sempurna.

Beliau juga berikrar untuk terus bercakap mengenai "isu-isu semasa", dan kemudiannya memberitahu media Cawangan Khas sudah memberitahu Putrajaya sejak 2 tahun lalu supaya memberi jawapan yang lebih baik berhubung dakwaan skandal melibatkan 1MDB.

Hamid berkata, Putrajaya bagaimanapun menjawab yang mereka tahu bagaimana untuk mengendalikan perkara itu.

Sementara itu, difahamkan Hamid sudah melaporkan diri ke jawatan barunya tetapi ketika ini beliau sedang bercuti.

Cuti 2 minggu itu bermula hari ini bagi memberi masa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memuktamadkan butiran yang berkaitan dengan jawatan barunya di Jabatan Perdana Menteri.

Dua minggu lalu Hamid memberitahu media jawatan itu tidak wujud malah JPA masih memikirkan bagaimana hendak memecatnya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa unit itu diperlukan ketika polis sudah mempunyai unit memerangi keganasan.

Pemindahan Hamid bulan lepas, diikuti pula 2 pengarah bahagian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri selepas lantang menentang penahanan dan menyoal siasat pegawai penyiasat badan anti rasuah itu yang didakwa membocorkan maklumat mengenai 1MDB.

Kedua-dua mereka dipindahkan semula berikutan kemarahan orang ramai.

Pemindahan Hamid berlaku selepas persaraan Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Akhil Bulat, 62 pada 17 Ogos lalu.

Jawatan Akhil diambil alih oleh Datuk Seri Mohamad Fuzi Haron yang merupakan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman. – 2 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.