Followers

Tuesday, September 15, 2015

Ayah perlu dibedah segera, tegas Nurul Izzah


Ayah perlu dibedah segera, tegas Nurul IzzahSHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kecewa dengan layanan buruk dan kelewatan yang disifatkannya tidak berhati perut dalam cubaan mendapatkan rawatan terhadap ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya hari ini, beliau berjumpa dengan Anwar semalam di Sungai Buloh.

"Kami bimbang dan gelisah kerana ayah memberitahu beliau memerlukan pembedahan segera," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Nurul Izzah, pakar mencadangkan Anwar untuk menjalani pembedahan mikro atau pembedahan di bahunya.

"Jelas bahawa suntikan steroid tidak mencukupi atau meneruskan fisioterapi intensif dan analgesik yang kuat tidak mungkin dilakukan di dalam penjara," kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah menggesa supaya satu taklimat diadakan antara keluarga Anwar, panel doktor dan Anwar sendiri supaya ayahnya boleh membuat keputusan mengenai jenis pembedahan.

"Keluarga Datuk Seri Anwar tidak akan melayan apa-apa kelewatan.

"Jika ini berterusan kami akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi hak perubatan Anwar," jelas Izzah.-SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.