Followers

Wednesday, September 30, 2015

Akhirnya Tertangkap Juga......

Zar Ali's photo. PEGAWAI KANAN POLIS BERPANGKAT SUPRITENDAN DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 8 TAHUN DAN DENDA RM1.75 JUTA OLEH MAHKAMAH RAYUAN. 

Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM1.75 juta terhadap seorang pegawai kanan polis, , Azmi Osman, 59, yang disabitkan dengan empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah kira-kira RM3.8 juta antara 2002 dan 2005. 

Mahkamah turut memerintahkan harta Azmi bernilai kira-kira RM6 juta disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). 

Panel hakim yang diketuai Hakim Dato Balia Yusof Wahi sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan, yang perlu dijalani secara berasingan dan denda RM1.75 juta atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dua hakim yang lain ialah Dato Rohana Yusuf dan Dato Abang Iskandar Abang Hashim. Azmi sebelum ini dihukum penjara dua tahun dan denda RM1.75 juta oleh Mahkamah Sesyen dan mengemukakan rayuan selepas hukuman tersebut dijatuhkan pada 27 Ogos 2012. 

Pendakwaan bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Mohd. 

Farez Rahman manakala Azmi diwakili peguam Adam Yap dan C.N. Sritharan. 

Pegawai kanan polis berpangkat Supritendan tersebut menghadapi empat tuduhan ketika berkhidmat sebagai Pegawai Turus di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Johor. 

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM2.08 juta melalui akaun semasanya di Malayan Banking Bhd. antara 6 Februari dan 20 Disember 2002. 

Pertuduhan kedua, dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM679,850 selain didakwa menerima wang hasil aktiviti yang sama sebanyak RM941,930 melalui sebuah lagi akaunnya di Malayan Banking Bhd. 

Bagi pertuduhan keempat, Azmi didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM250,000 menerusi akaun semasa dan di tempat yang sama pada 5 April 2005.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali. 

Azmi telah dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat tuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen di akhir kes pendakwaan pada 7 Januari 2011. Bagaimanapun susulan rayuan pihak Timbalan Pendakwa Raya, tertuduh diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi. 

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 November 2011 mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan Azmi dibebas dan dilepaskan daripada empat tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dipanggil untuk membela diri. 

Perintah itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman yang mendapati wujud kes prima facie terhadap semua pertuduhan itu ke atas Azmi. 

Abdul Halim memerintahkan agar kes itu dibicara semula di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Salawati Djambari yang sebelum itu membebas dan melepaskan Azmi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.