Followers

Thursday, September 10, 2015

AG perlu bertindak tanpa pilih bulu....

Zar Ali's photo.
KUALA LUMPUR - Peranan Jabatan Peguam Negara perlu dipisahkan bagi memastikan kes-kes pendakwaan boleh dijalankan tanpa sebarang pilih kasih.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, peranan AG ini perlu diteliti kembali dengan mengasingkan tugas pendakwaan dengan tugas sebagai penasihat kerajaan.

"Jabatan Peguam Negara ini pun kena bebas dan telus serta ambil tindakan terhadap apa sahaja tanpa pilih bulu. Sepatutnya sekarang kena lihat kembali peranan AG itu.

"AG ini penasihat kerajaan, juga jadi pendakwa. Jadi, mungkin dah kena asingkan peranan dan mesti bebas. Jika tidak saya rasa kita akan payah untuk lihat keadaan yang lebih baik," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar rakyat terus membantu dan menyokong SPRM.

"Rakyat juga kena bantu dan sokong SPRM serta beri cadangan. Jika kita ada cadangan-cadangan yang baik, kita bagi. Jangan pukul belakang. Jika itu boleh berlaku, saya rasa kita boleh hidup.

Sekarang ini bukan sahaja parti kerajaan yang sokong, anda lihat juga sokongan dari parti pembangkang dan orang ramai," katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, ketika SPRM telah mendapat kepercayaan umum yang amat sukar untuk diperoleh di negara ini, suruhanjaya itu perlu mengekalkan prestasi mereka.

"Jadi, sekarang ini SPRM perlu kekalkan momentum kerana sekarang orang dah percaya. Untuk mendapat kepercayaan seperti ini sukar di Malaysia.

"Kekal bebas, kekalkan integriti dan siasat tanpa 'fear and favour'," katanya.

Sebelum ini, SPRM menjadi tumpuan umum apabila kes siasatan terkini yang dijalankan menyebabkan beberapa pegawainya disiasat polis.

Malah ada juga cubaan untuk menukar pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri.-SinarHarian


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.