Followers

Tuesday, August 4, 2015

Zeti, Shukri mungkin dipanggil beri keterangan, kata ketua polis negara

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Shukri Abdull akan turut dipanggil membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan memanggil lebih ramai pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk merekodkan keterangan.

Khalid dipetik sebagai berkata Malaysiakini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Shukri Abdull akan turut dipanggil membantu siasatan.

"Kami akan lihat. Kami akan buat soal siasat mereka yang kami anggap boleh memberi penerangan berhubung kait dengan proses penyiasatan yang sedang dijalankan," katanya kepada Malaysiakini.

"Kami akan menjalankan soal siasat membabitkan lebih ramai pegawai termasuk daripada Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Mengenai pegawai daripada Bank Negara, Khalid berkata, siasatan akan turut dijalankan terhadap laporan polis mengenai kebocoran maklumat transaksi bank.

"Polis sedang melihat keseluruhan aspek siasatan, kami juga akan memanggil pegawai daripada bank komersial untuk disoal siasat," katanya seperti dilapor portal itu.

Zeti, Shukri dan beberapa pegawai kanan lain daripada Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara adalah antara nama yang disebut-sebut dalam beberapa blog bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

'Zeti, Shukri mungkin dipanggil beri keterangan, kata ketua polis negara

Published: 3 August 2015 10:55 PM

SPRM juga sudah berulang kali menafikan pegawainya terlibat. 

Sebelum ini, Bank Negara turut menafikan pegawainya yang membocorkan maklumat transaksi bank itu.

Polis sedang melakukan siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti tersebut dianggap boleh menggugat demokrasi berparlimen.

Pada awal pagi Sabtu lepas, polis menahan tiga orang individu bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Mereka ialah bekas ahli lembaga penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh, pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Kesemuanya dibebaskan dalam masa 24 jam selepas polis gagal mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan mereka.

http://www.themalaysianinsider.com'

http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.