Followers

Wednesday, August 19, 2015

Zaid mahu rampas kerusi Kota Bharu


Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim kini merancang untuk bertanding di kawasan parlimen yang diwakilinya sebelum ini, Kota Bharu, dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau membayangkan perkara itu dalam tulisan di blognya, zaid.my dengan menyatakan ikrar untuk “menghabiskan” pemimpin Umno dan PAS di kawasan itu.

"Saya akan bekerja keras. Saya rasa agak yakin bahawa saya akan dapat menghabiskan mereka semua,” tulisnya.

Beliau merujuk kepada ketua Umno bahagian itu, Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh yang merupakan orang kanan perdana menteri, dan juga peguam negara yang baru dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Kawasan berkenaan kini diwakili MP PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung parti Islam itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zaid mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.