Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata pertukaran pegawai berpangkat Asisten Superintenden ke atas ke mana-mana jabatan perlu melalui mendapat kelulusan Suruhanjaya Pasukan Polis.
Beliau berkata suruhanjaya itu akan bersidang setiap kali berlaku pertukaran pegawai, lapor Sinar Harian hari ini.
"Sebarang pertukaran pegawai kanan tidak boleh dilakukan dengan cakap mulut sahaja. Perlu melalui suruhanjaya.
"Pertukaran pegawai yang perlu mendapat kelulusan suruhanjaya adalah berpangkat Asisten Superintenden ke atas. Jika di bawah pangkat itu adalah melalui bidang kuasa Ketua Polis Negara," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Musa mengulas pertukaran bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Dalam laporan yang sama, Musa berkata tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan antara lain berkaitan peranan dan tanggungjwab Cawangan Khas, pertukarannya ke JPM dan tekanan penjawat awam, tidak sepatutnya dilakukan.
"Sebagai penjawat awam, seseorang itu terikat dengan peraturan dan etikanya. Kalau tidak berpuas hati elok kiranya bertemu dan berbincang dengan ketua.
“Namun kalau atas kapasiti individu saya rasa itu adalah hak beliau (Abdul Hamid)," katanya.
Dalam laporan itu juga, Musa berkata beliau mengenali Abdul Hamid yang dianggapnya sebagai pegawai yang baik, rajin, boleh dipercayai dan mempunyai integriti.
PM Najib tidak perlukan Suruhanjaya yang dibentuk - dia bertindak mengikut HATI DAN PERASAAN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.