Followers

Sunday, August 2, 2015

'Tindakan pada Muhyiddin kena ikut saluran'


 

Sebarang tindakan pada Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika perlu, mesti mengikut saluran sedia ada, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kita ada pengurusan parti.

"Jadi pandangan seorang Majlis Tertinggi tidak akan jadi muktamad, kalau sekiranya saluran...,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Aziz Kaprawi semalam dilapor tidak menolak kemungkinan Muhyiddin dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana penyebaran sebuah video.

Video pendek itu memuatkan rakaman beliau mendakwa Najib mengakui wang (AS$700) RM2.6 bilion masuk ke dalam akaunnya.

Hishammuddin hari ini berkata menghormati pandangan Aziz tetapi ia “tidak menggambarkan pendapat semua” dalam MT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.