Followers
Sunday, August 16, 2015
TIMBALAN PERDANA MENTERI JANGAN KELIRUKAN RAKYAT - Oleh Zainuddin Maidin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya mengelirukan rakyat antara usaha untuk menggulingkan kerajaan dengan usaha untuk menngulingkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
Jangan membesarkan pekara yang kecil dan mengecilkan pekara yang lebih besar. Sebagai seorang Menteri DalaM Negeri beliau tahu hal yang sebenarnya.
Datuk Seri harus sedar bahawa ketidaksetabilan, kekecohan dan kemurungan negara sekarang adalah kerana Najib mempertahankan tahktanya dan senghaja tidak mahu menghayati dengan sejujurnya perasaan rakyat terhadapnya dan isterinya sebailknya condong untuk menyalahkan kejahatan media sosial.
Hakikat ini tidak benar samasekali kerana tentangan tidak sahaja datang dari orang luar,dari orang atas pagar dan juga dari penyokong-penyokong setia UMNO tetapi dari dalam kepimpinan UMNO sendiri secara tersirat dan tersurat.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin sendiri telah mengkritik usaha untuk membendung dan menekan suara kebangkitan ini secara yang tidak demokratik. Apakah kritikannya boleh dipandang kecil sedangkan beliau dipileh kejawatannya secara demokratik oleh ahli ahli UMNO.
Orang Melayu khususnya orang UMNO sendiri sampai keperingkat sanggup meminta dikencingkan Najib bukanlah kerana mereka tidak sayang pada UMNO tetapi mereka mahu Najib diceraikan dari UMNO kerana telah tali menali pengurusannya yang flip flop dari parti hingga kepada negara sehingga tidak dihormati oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan sendiri.
Malah kita boleh bertanya kenaapakah Naib Presiden UMNO Datuk Hishammuddin sendiri menyatakan ketakutan terhadap masa depan UMNO. Apakah jika kempimpinan meyakinkan beliau akan bimbang dan takut.
Bagaimanakah poster-poster anti Najib boleh dinaikan dan tebiar beberapa hari di Johor sedangkan Menteri Besar sendiri adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri. Adakah MB tidak tahu atau MB sendiri tidak berani memerentah diturunkannya? Kenapa MB tidak kutuk perbuatan biadab ini di negerinya sendiri.
Apakah benar dawkaan Pengarah JASA Puad Zakarshi yang menggambarkan dirinya sebagai jurucakap Istana mengatakan hubungan antara Istana Johor dengan Najib adalah baik? Rakyat hanya akan percaya jika datang dari jurucakap rasmi Istana Johor sendiri . Bilakah Puad di lantik menjadi jurucakap Istana Johor? atau hidung tak mancong pipi tersorong-tersorong?
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai segala sumber kuasa untuk mengetahui dan mengesahkan bahawa apa juga yang dibuat oleh Najib untuk membersihkan dirinya sudah tidak lagi dipercayai oleh rakyat kerana telah talimenali pengurusannya yang flip flop,dari soal IMDB, SPRM, Tabung Haji, Tabung Dana Politik RM 2.6 billion, GST, Akta Hasutan dan sebagainya yang menunjukan ketidak cekapan dan kepincangan dalam pengurusan keselamatan, kewangan, politik dan sosio ekonomi negara.
Yang tinggal hanya penampilannya yang segak dan kacak dan keupayaan luar biasanya untuk buat dak,buat sardin,buat tak reti.
Bagi rakyat cara mudah untuk memulihkan keyakinan negara ialah dengan Najib berundur secara teratur dan selamat.
Mengikut conventional beliau hendaklah digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin hendaklah mengekalkan Ahmad Zahid sebagai Timbalannya dan melantik Datuk Seri Hashamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri Muhyiddin hendaklah groom MB Kedah Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk pemimpin masa depan negara dan memberikan tanggungjawab utama kepada mereka untuk memulihkan keyakinan rakyat terutama gulongan muda kepada UMNO.. Keduanya akan dapat diterima oleh semua kaum.
Walaupun saya tahu Tun Mahathir pernah menolak secara bersurat suatu jawatan yang ditawarkan oleh Datuk Seri Najib sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi saya percaya Tun Mahathir akan menerimanya jika beliau dilantik oleh Muhyiddin untuk menjadi penasihat tidak rasmi kepada kerajaan Malaysia.
Ini adalah sangat penting untuk memulihkan keyakinan dari dalam dan luar negara terhadap keselamatan dan ekonomi.
Bua masa ini Datuk Seri Ahmad Zahid tidak perlu bimbang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan kerana yang lebih bahaya api dalam sekam di dalam UMNO dan orang Melayu umumnya yang sedang membakar dan bersedia untuk membakar hangus UMNO dalam pilihanraya akan datang jika Najib masih kekal.
Rancangan untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana hendak memenuhi cita-cita sesaorang yang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri tidak mungkin menjadi realiti, tidak akan disokong oleh orang Melayu, tetapi yang lebih penting kepada tugas Zahid sekarang ialah menyelamatkan negara dan bukannya menyelamatkan Najib dan Rosmah.Aturkanlah laluan selamat dan terhormat kepadanya.
Zahid juga adalah seorang yang berpindidikan agama seperti Muhyiddin dan dalam keadaan yang runcing ini kembalilah kepada Allah,mintalah petunjuk dari Allah dengan sejujurnya dan janganlah berpolitik dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
Tuhanku aku telah menyampaikan seikhlas hatiku apa yang tersirat dihatiku-Amin
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.