Followers

Wednesday, August 19, 2015

"Tiada Guna Saya Sebagai TMJ, Hanya Untuk Duduk Jadi BONEKA" ??


Kuasa Eksekutif Menjejaskan Demokrasi Dalam Usaha Terdesak Membersihkan Nama Najib Dan 1MDB

KELIHATAN tekanan yang tidak berkesudahan oleh kuasa Eksekutif dalam usahanya membersihkan Perdana Menteri dan syarikat pelaburan gergasi -1MDB yang didukung kerajaan dari persepsi skandal pengkhianatan amanah.

Yang terbaharu setelah berminggu-minggu dihurung spekulasi dan bersikap tidak mengendahkan persoalan kewujudan akaun peribadi miliknya di sebuah bank tempatan. Maka satu kenyataan daripada SPRM berhubung sejumlah wang RM2.6 bilion yang dijumpai dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu hanyalah bersumber dari hasil pungutan derma, kedengaran sangat aneh.

Kendatipun terjemahannya dalam bahasa Melayu adalah 'derma', namun dalam lingkungan pemahaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ia adalah - “suapan” : ‘suapan’ membawa pengertian rasuah – (a) wang, derma, alang, pinjaman … atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.

Definisi ini membuka pintu yang luas untuk mencari individu bertanggungjawab – dalam menerima atau memberi rasuah – menjadi suatu kesalahan dalam Seksyen 3 dan Seksyen 50 dalam akta MACC.

Hukuman penjara hampir 20 tahun diperuntukkan kepada mereka yang didapati bersalah sebagai sorotan Seksyen 16 dalam akta tersebut.

Jika Eksekutif cuba menghalang SPRM dari melaksanakan tugas; justeru tindakan itu jelas merupakan langkah paling merosakkan amalan sistem demokrasi berparlimen negara.

Sementara SPRM berusaha cuba menyelesaikan dilemanya daripada menerbitkan kenyataan yang tidak ditandatangani kepada berdoa pada saat-saat akhir agar bebas dari korupsi serta menjadi berintegriti; kita tertanya-tanya peranan institusi-institusi seperti Bank Negara.

Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, Gabenor Bank Negara sedang dicari Ketua Polis Negara untuk siasatan yang berkaitan dengan Seksyen 124B sesuatu yang menjejaskan demokrasi berparlimen - ia berlaku pada masa yang tepat tatkala rakyat menanti hasil siasatan pasukan petugas khas dipengerusikan oleh beliau dalam skandal 1MBD dan ke atas Perdana Menteri (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).

Sebarang ancaman dan gangguan terhadap Gabenor Bank Negara yang merupakan benteng kepada ekonomi Malaysia dan kebajikan dari segi kewangan – adalah satu ancaman kepada demokrasi berparlimen kita.

Sementara tangkapan dan penyiasatan seolah-olah menjadi arahan semasa – kita memerlukan jawapan:

Adakah BNM punyai apa-apa pendapat ke atas aliran dana yang begitu besar?

Bagaimana pemindahan RM2.6 bilion terlepas daripada pengawasan akta sedia ada AMLA?

Siapakah insan maha kaya dari Timur Tengah yang begitu pemurah mendermakan wangnya kepada PM? Pendedahan berkadar segera harus dikeluarkan dari negara-negara Timur Tengah yang tidak terbilang banyaknya.Adakah penderma tersebut daripada SRC International Sdn Bhd dan bagaimana wang tersebut digunakan?

Adakah wang tersebut digunakan untuk biayai kempen PRU 2013 Barisan Nasional?

Badan Eksekutif juga tidak terlepas daripada penghinaan masyarakat lantaran tindakan PM melucutkan timbalannya dan ahli-ahli Kabinet yang lantang mengkritik beliau berhubung kemelut 1MDB.

Walaupun perlucutan jawatan para pemimpin Umno/BN itu telah digantikan dengan pemimpin yang lebih lunak, namun cara yang sama tidak boleh diterima dalam kes penyingkiran Peguam Negara tatkala tersebar khabar angin - dikatakan bahawa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri.

Terbaharu kita mempunyai Peguam Negara baharu yang juga bekas ahli Umno. Beliau dilihat tidak punya sebarang keinginan untuk mendedahkan laporan interim siasatan atau sebarang perkembangan terbaharu penyiasatan oleh pasukan khas Peguam Negara yang dibentuk ke atas 1MDB.

Di manakah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)? Semangat keberanian beberapa ahli jawatankuasa tersebut terlalu mudah menjadi pudar dengan pengangkatan pangkat ekoran perubahan Kabinet - manakala ahli-ahli berbaki terhalang daripada meneruskan mesyuarat, perbincangan, serta akses kepada pejabat PAC.

Pihak pemberi maklumat juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa Eksekutif – terbaharu The Edge Financial Daily yang telah menunjukkan kesungguhan dalam usahanya mendedahkan epik 1MDB saga ini telah dikenakan sekatan penerbitan tiga bulan.

Laman web maklumat seperti Sarawak Report juga bukan sahaja ditutup aksesnya malah waran tangkap juga dikeluarkan terhadap pemiliknya.

Jelas sekali, pihak pemberi maklumat sedang diserang teruk – suatu langkah yang amat memudaratkan amalan demokrasi berparlimen.

Kebajikan rakyat dan kelangsungan negara bangsa ini adalah berdasarkan kepada demokrasi berparlimen yang berperanan mengimbangi kuasa dan bukannya pemusatan kuasa ala pemerintahan maharaja.

(Kredit to: YB Nurul Izzah Anwar)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.