Followers

Thursday, August 13, 2015

Zar Ali's photo.

Teruskan Langkah mural Muhyiddin muncul di Kluang Imej sebuah mural yang dikatakan di Kluang, Johor, yang memaparkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah muncul dalam talian. 

Sumber gambar-gambar itu telah dikesan ke akaun Instagram pelawak dan pelakon Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro. 

Tidak dapat dipastikan sama ada Shahrol sendiri terbabit dalam pembuatan mural itu. 

Salah satu daripada gambar itu menunjukkan dua orang lelaki, dengan kepala tunduk memakai topi dan memegang tin semburan di sebelah lukisan wajah Muhyiddin yang separuh siap itu. 

Satu lagi gambar menunjukkan mural yang sudah siap, dengan sebahagian besarnya mewarna merah dan biru, yang memaparkan muka Muhyiddin dan tulisan 'Dari aku budak Kluang' dan 'SALUTE TSMY (tabik Tan Sri Muhyiddin Yassin). 

Oleh kerana pencahayaannya, ia juga tidak jelas sama ada Shahrol ada di dalam gambar itu bersama dengan 10 orang yang lain. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.