Followers

Monday, August 10, 2015

TERKINI !! 2 pengarah dipindah JPM kembali ke SPRM OLEH DIYANA IBRAHIM



Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin (kanan) dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob tidak dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, lapor portal.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin (kanan) dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob tidak dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, lapor portal.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob tidak akan dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kepada The Malaysian Insider.

Terdahulu, portal The Star Online melaporkan, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat SPRM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Zabidi Zainal di Putrajaya pagi ini.

Pemindahan Bahri dan Rohaizad diumumkan pada Jumaat, berikutan beberapa siri tangkapan polis dan soal siasat terhadap 7 pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai syarikat pelabur negara sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Polis berkata, pihaknya sedang menyiasat siapa yang membocorkan maklumat itu kepada laman web Sarawak Report dan membocorkan mengenai dokumen yang dikatakan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diterbitkan laman itu.

Bahri secara kritikal mengecam tindakan polis terhadap anggota SPRM, termasuk serbuan di pejabat bahagian operasi khas, manakala Rohaizad menerima kunjungan sekumpulan pemimpin politik pembangkang yang pergi ke ibu pejabat SPRM minggu lepas bagi menyatakan sokongan.

Bahri sebelum ini menafikan kebocoran itu dibuat orang dalam SPRM.

Bahagian operasi khas yang diketuainya juga sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Berikutan bantahan banyak pihak terhadap campur tangan dalam badan anti rasuah itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu mengumumkan, polis akan menghentikan siasatannya atas SPRM berhubung dakwaan kebocoran itu buat sementara waktu. – 10 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.