Tembelang Menteri Kanan Ini Terbongkar Lagi. Syarikat adik
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi perlu dikeluarkan
daripada senarai syarikat yang membida untuk menguruskan kemasukan 1.5
juta pekerja warga Bangladesh secara sistem atas talian, kata Zairil
Khir Johari.
"Demi kepentingan tanggungjawab awam, menteri dalam negeri perlu segera
membatalkan kelayakan bidaan Real Time Networking. Zahid Hamidi perlu
jelaskan peranannya menyokong syarikat adiknya kepada KDN serta pihak
berkuasa Bangladesh.
"Jika beliau didapati melanggar batas etika, beliau perlu meletakkan
jawatan sebagai menteri dalam negeri dan timbalan perdana menteri,"
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zairil berkata, Datuk Abdul Hakim Hamidi menawarkan pakej yang
membolehkan mereka mengutip ৳60,000 (RM3,000) bagi setiap pekerja masuk
ke Malaysia, bertindak sebagai pengantara dengan beberapa agensi
termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Sumber Manusia.
Katanya, penjelasan KDN mengatakan nota Zahid kepada ketua setiausaha
KDN bersifat umum itu tidak dapat diterima, seolah-olah cuba menipu
rakyat dengan memberi jaminan syarikat yang mempunyai konflik
kepentingan akan dinilai dengan adil dan objektif.
Tembelang Menteri Kanan Ini Terbongkar Lagi
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu
berkata, kenyataan Hakim juga bersifat angkuh dan menggugat
tanggungjawab awam apabila mengatakan beliau bebas berniaga walaupun
abangnya seorang menteri Kabinet.
"Hakim boleh berniaga apa saja asalkan ia tidak melibatkan agensi
kerajaan yang ada kepentingan langsung dengan mana-mana ahli keluarga.
"Tetapi memandangkan abangnya adalah menteri dalam negeri dan berkuasa
meluluskan kebenaran masuk pekerja ke Malaysia, tidak dapat dinafikan
wujudnya unsur konflik kepentingan," katanya.
Katanya, Zahid perlu belajar daripada dasar Pulau Pinang yang melarang
mana-mana ahli keluarga wakil rakyat mengendalikan urusan perniagaan
dengan kerajaan negeri sejak 2008.
KDN dalam kenyataan semalam berkata, nota Zahid itu bukan satu bentuk
arahan atau kelulusan dan masih belum melantik atau memberi kelulusan
kepada mana-mana syarikat bagi menyediakan sistem menguruskan kemasukan
secara atas talian pekerja Bangladesh ke Malaysia seperti didakwa.
Menurut KDN sehingga kini, beberapa syarikat termasuk Realtime
Networking mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menyediakan
sistem pengurusan pekerja asing namun kementerian belum membuat sebarang
keputusan.
"Semua cadangan daripada syarikat berkaitan sistem akan diteliti dan
dipertimbangkan oleh jawatankuasa di kementerian terlebih dahulu,
mengikut prosedur sedia ada," katanya.
ADDIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.