Followers

Wednesday, August 12, 2015

Saya lebih takut Tuhan berbanding manusia, kata Bahri.


Zar Ali's photo.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 

Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. 

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan.

Penyiasat badan anti rasuah Datuk Bahri Mohamad Zin tidak berasa terhalang dengan kejadian menimpanya baru-baru ini, iaitu pertukaran pejabat yang tiba-tiba dan sekejap, serta siasatan polis terhadapnya dan beberapa rakan sekerja lain. 

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, tidak ada apa yang boleh menghalangnya menjalankan tugas kerana beliau lebih “takut hukuman Tuhan” jika dibandingkan dengan perkara lain. “Saya takut hukuman Tuhan.

Saya ada tanggungjawab yang diamanahkan dan lebih takut jika satu hari nanti Tuhan tanya saya apa yang sudah saya buat dengan sedikit kuasa diberikan kepada saya ini,” katanya dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, semalam. 

Dalam komen terbuka pertamanya sejak dipindahkan semula ke SPRM pada Isnin, Bahri yang pada Jumaat menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau enggan bercakap banyak sekarang memandangkan ketuanya kini sudah pulang dari luar negara. 

Beliau merujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Bahri mendapat perhatian umum apabila secara terbuka lantang membidas tindakan polis yang menyoal siasatnya dan 6 pegawai SPRM lain berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Beliau menafikan kebocoran maklumat itu datang daripada SPRM, dan menyifatkan serbuan polis di pejabat bahagian operasi khas sebagai tindakan “gila”. Beliau juga berikrar akan mencari dalang yang mengarahkan tindakan polis itu, yang menyebabkan kerja siasatan SPRM terganggu. 

SPRM juga menerima sokongan meluas daripada orang awam serta ramai yang marah dan melihat tindakan polis sebagai gangguan dan bertujuan intimidasi terhadap siasatan agensi itu. 

SPRM sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada tabung pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP. 

1MDB adalah isu sensitif bagi kerajaan, memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pengerusi kepada lembaga penasihatnya dan juga mengetuai Kementerian Kewangan yang memiliki syarikat pelaburan itu. 

Jumaat lalu, Bahri dan rakan setugasnya, pengarah komunikasi strategik Datuk Rohaizad Yaakob ditukarkan ke JPM berkuatkuasa serta-merta. 

Pertukaran itu dipercayai dikuatkuasakan susulan kenyataan media Bahri yang lantang tersebut, sementara Rohaizad menerima kunjungan delegasi ahli politik pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menunjukkan solidariti terhadap badan anti rasuah itu. 

Kedua-duanya dipindahkan semula ke jabatan masing-masing selepas pertemuan mereka dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. 

Beberapa rakan setugas Bahri yang lain berkata beliau tidak tahu akan dipindahkan dan tidak pernah menjangka kenyataan berterus-terangnya akan menyebabkan beliau ditukarkan ke jabatan lain. Sumber SPRM berkata, 

Seksyen 72 Akta SPRM 2009 memberikan Bahri imuniti apabila bercakap kepada media dengan niat baik. 

Sumber juga berkata, arahan pertukaran yang dikeluarkan JPA itu juga bertentangan dengan Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana ia sama seperti mengancam untuk menghalang kerja menyiasat agensi berkenaan.

Salah seorang rakan sekerja Bahri yang enggan dikenali menggambarkan beliau sebagai seorang yang alim dan sering mengingatkan kakitangannya “walaupun orang lain mungkin ada kuasa, kita ada Allah bersama kita dalam menjalankan tugas”. 

Pemindahan Bahri dan Rohaizad mencetuskan semula desakan supaya SPRM dijadikan agensi yang benar-benar bebas dan mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri bagi membolehkan ia memiliki autonomi dalam perjawatan kakitangan serta lantikan, tanpa tertakluk kepada perkhidmatan awam.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Saya lebih takut Tuhan berbanding manusia, kata Bahri Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Penyiasat badan anti rasuah Datuk Bahri Mohamad Zin tidak berasa terhalang dengan kejadian menimpanya baru-baru ini, iaitu pertukaran pejabat yang tiba-tiba dan sekejap, serta siasatan polis terhadapnya dan beberapa rakan sekerja lain. Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, tidak ada apa yang boleh menghalangnya menjalankan tugas kerana beliau lebih “takut hukuman Tuhan” jika dibandingkan dengan perkara lain. “Saya takut hukuman Tuhan. Saya ada tanggungjawab yang diamanahkan dan lebih takut jika satu hari nanti Tuhan tanya saya apa yang sudah saya buat dengan sedikit kuasa diberikan kepada saya ini,” katanya dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, semalam. Dalam komen terbuka pertamanya sejak dipindahkan semula ke SPRM pada Isnin, Bahri yang pada Jumaat menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau enggan bercakap banyak sekarang memandangkan ketuanya kini sudah pulang dari luar negara. Beliau merujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Bahri mendapat perhatian umum apabila secara terbuka lantang membidas tindakan polis yang menyoal siasatnya dan 6 pegawai SPRM lain berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau menafikan kebocoran maklumat itu datang daripada SPRM, dan menyifatkan serbuan polis di pejabat bahagian operasi khas sebagai tindakan “gila”. Beliau juga berikrar akan mencari dalang yang mengarahkan tindakan polis itu, yang menyebabkan kerja siasatan SPRM terganggu. SPRM juga menerima sokongan meluas daripada orang awam serta ramai yang marah dan melihat tindakan polis sebagai gangguan dan bertujuan intimidasi terhadap siasatan agensi itu. SPRM sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada tabung pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP. 1MDB adalah isu sensitif bagi kerajaan, memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pengerusi kepada lembaga penasihatnya dan juga mengetuai Kementerian Kewangan yang memiliki syarikat pelaburan itu. Jumaat lalu, Bahri dan rakan setugasnya, pengarah komunikasi strategik Datuk Rohaizad Yaakob ditukarkan ke JPM berkuatkuasa serta-merta. Pertukaran itu dipercayai dikuatkuasakan susulan kenyataan media Bahri yang lantang tersebut, sementara Rohaizad menerima kunjungan delegasi ahli politik pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menunjukkan solidariti terhadap badan anti rasuah itu. Kedua-duanya dipindahkan semula ke jabatan masing-masing selepas pertemuan mereka dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Beberapa rakan setugas Bahri yang lain berkata beliau tidak tahu akan dipindahkan dan tidak pernah menjangka kenyataan berterus-terangnya akan menyebabkan beliau ditukarkan ke jabatan lain. Sumber SPRM berkata, Seksyen 72 Akta SPRM 2009 memberikan Bahri imuniti apabila bercakap kepada media dengan niat baik. Sumber juga berkata, arahan pertukaran yang dikeluarkan JPA itu juga bertentangan dengan Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana ia sama seperti mengancam untuk menghalang kerja menyiasat agensi berkenaan. Salah seorang rakan sekerja Bahri yang enggan dikenali menggambarkan beliau sebagai seorang yang alim dan sering mengingatkan kakitangannya “walaupun orang lain mungkin ada kuasa, kita ada Allah bersama kita dalam menjalankan tugas”. Pemindahan Bahri dan Rohaizad mencetuskan semula desakan supaya SPRM dijadikan agensi yang benar-benar bebas dan mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri bagi membolehkan ia memiliki autonomi dalam perjawatan kakitangan serta lantikan, tanpa tertakluk kepada perkhidmatan awam. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.