Followers

Saturday, August 8, 2015

Shafie Apdal dedah formula nak jadi menteri


Shafie: Kata yes saja, confirm menteri

Nampaknya ada formula mudah untuk menjadi menteri ketika ini.

Sekurang-kurangnya itu dibayangkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu, apa yang diperlukan seseorang untuk menjadi anggota kabinet hanyalah menjadi pak turut.

Kata beliau dengan bersikap pak turut, seseorang itu "confirm" boleh menjadi menteri.
Namun ahli politik Sabah itu berkata, bukanlah menjadi kesalahan untuk seseorang mengiyakan kata-kata pemimpin atasan.

"Bukan tak boleh yes. Yes kalau tempat yg baik," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Parit Sulong hari ini.

Mohd Shafie berkata, pada ketika yang perlu beliau akan berkata "tidak".
Tiada cadangan berundur

Semuanya itu, kata Mohd Shafie, dilakukan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dipertahankan.

Sebaliknya, kata beliau, jika memiliki kepentingan tertentu adalah lebih wajar untuknya berdiam diri saja.
Mohd Shafie digugurkan daripada jawatan menteri dalam rombakan kabinet Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Turut digugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan -mempersoalkan cara Najib menguruskan isu 1MDB secara terbuka.

Ketika ini Mohd Shafie masih menjadi naib presiden dan tidak mempunyai sebarang cadangan berundur.

Sementara itu dalam sidang media selepas perasmian mesyuarat, Mohd Shafie berkata beliau dan Majlis Tertinggi Umno tidak pernah diberi taklimat mengenai "derma" bernilai RM2.6 bilion diterima Najib.

"Sepanjang yang saya tahu, mesyuarat yang saya hadiri, kami tidak dimaklumkan. Namun kabinet diberitahu baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir saya," katanya.

Dana itu didakwa datang daripada penderma di Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.