Followers

Friday, August 28, 2015

PR tak dibatal, Jessica mahu terus kehidupan dengan tenang



Jessica Gurmeet Kaur, pegawai yang dipecat daripada Pejabat Peguam Negara di tengah-tengah skandal 1MDB, bersyukur kerana dapatkan mengekalkan statusnya sebagai penduduk tetap Malaysia.

Beliau amat berterima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang mengesahkan statusnya penduduk tetap, tidak dibatalkan.

Jessica menyatakan demikian dalam satu kenyataan melalui peguamnya petang ini.

Jessica juga turut mengucapkan terima kasih kepada peguamnya atas usaha gigih mereka.

Beliau juga meminta pihak media menghormati privasinya supaya dia boleh meneruskan kehidupan tenang.

Jessica, seorang warganegara Singapura, yang berkahwin dengan rakyat Malaysia, telah berkhidmat sebagai ketua pentadbiran dan kewangan untuk urus setia pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB.

Pasukan petugas itu menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam deposit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Jessica ditahan tiga hari selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali - bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang bersara yang dilihat sebagai sekutu perdana menteri.

Jessica kemudiannya dipecat dan Apandi membubarkan pasukan petugas khas itu.

Peguam Jessica telah melahirkan kebimbangan bahawa Putrajaya juga cenderung untuk membatalkan statusnya sebagai penduduk tetap dan berkata Jessica akan memfailkan "afidavit yang meletup" berhubung situasi yang membawa kepada pemecatannya.

Pada hari Selasa, Jabatan Imigresen berkata ia tidak akan membatalkan status penduduk tetap Jessica .
Jessica diwakili peguam Lim Chee Wee , Khoo Guan Huat, Preetha Pillai , Shan Kanesalingam dan Nimalan Devaraja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.