Followers

Saturday, August 8, 2015

Polis gesa penganjur Perhimpunan 808 patuhi Akta Perhimpunan Aman


Penganjur Perhimpunan 808 diingatkan supaya tidak membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk membuat perarakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2015.

Penganjur Perhimpunan 808 diingatkan supaya tidak membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk membuat perarakan.

Penganjur Perhimpunan 808 diingatkan supaya tidak membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk membuat perarakan.

Polis membenarkan penganjuran Perhimpunan 808 yang akan diadakan di hadapan pejabat Majlis Peguam, Jalan Benteng, di Kuala Lumpur esok, yang bertujuan membantah penggantungan akhbar milik The Edge Media Group.

Penganjur perhimpunan itu bagaimanapun diingatkan supaya tidak membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 termasuk membuat perarakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata penganjur memberi jaminan untuk mengadakan perhimpunan secara tertib dan polis tidak mahu perhimpunan itu menjejaskan ketenteraman awam sepanjang ia berlangsung.

"Perarakan adalah dilarang sama sekali dan termaktub mengikut APA 2012. Jika keadaan tidak terkawal, polis akan mengambil tindakan kerana melanggar APA," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, wakil penganjur perhimpunan itu, Mohd Radzi Abdul Razak menemui Zainol di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi bagi memberikan maklum balas berkaitan jumlah peserta yang dijangka hadir, pengisian program dan peruntukan undang-undang perhimpunan.

Perhimpunan yang dijangka bermula kira-kira 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari itu, dianjurkan sekumpulan aktivis media bagi menunjukkan sokongan membantah penggantungan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial.

Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung selama 3 bulan berkuat kuasa 27 Julai lepas.

Tindakan itu dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan kedua-dua akhbar itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara. –

Bernama

http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.