Followers

Sunday, August 2, 2015

PM minta 6 bulan kurangkan hutang 1MDB

Kurang Hutang 1MDB Dengan Cara Jual Tanah Kepada Kerajaan Qatar Dan China?





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rancangan mengurangkan beban hutang ditanggung 1MDB sedang berjalan dan ia mungkin berjaya dalam tempoh enam bulan.

Menjawab pertanyaan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Najib berkata, pelan itu sudah bermula selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB.

"Saya bercakap dengan rakan-rakan Kementerian Kewangan dan sebagainya.

"Memang ada program kurangkan hutang. Saya minta masa enam bulan," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban hari ini.

Najib memberitahu beban hutang tidak boleh berkurangan secara tiba-tiba "esok".

Apa yang penting, kata beliau, sudah ada perbincangan dibuat dan Emir Qatar menyatakan minat untuk membeli tanah di Bandar Malaysia.

"Duta China pun kata mereka berminat," katanya.

Justeru, kata perdana menteri, perkembangan itu menunjukkan perancangan memulihkan 1MDB memang ada.

Cara Najib menguruskan isu 1MDB mengundang kritikan pelbagai pihak - sama ada dari dalam atau luar BN.

Bagaimanapun Najib bertegas mendakwa tiada sebarang kesalahan dilakukan dan meyakinkan rakyat agensi milik Kementerian Kewangan itu mempunyai masa depan lebih baik.

Najib turut mengecam pengkritik yang menyalahkan 1MDB seolah-olah ia satu-satunya masalah dihadapi negara.

"Apabila agensi penarafan Finch (Ratings Inc) datang dan bertemu saya - malah turut melihat TRX (Tun Razak Exchange) serta melawat pejabat 1MDB mereka menukar status (agensi berkenaan) daripada negatif kepada stabil," katanya.

Perdana menteri juga menegaskan model pembangunan 1MDB tidak menggunakan dana rakyat sebaliknya pinjaman persendirian.

- mkini



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.