KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Aziz Kaprawi
tidak menolak kemungkinan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti itu kerana penyebaran video
di media sosial, baru-baru ini.
Beliau berkata, video Muhyiddin sedang berbual dengan beberapa orang tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya baru-baru ini jelas menunjukkan beliau enggan membantu Perdana Menteri.
"Ada kemungkinan (rujuk lembaga disiplin), kerana video yang tersebar dalam rumah beliau itu jelas menunjukkan dia tidak mengotakan apa yang dia kata untuk terus membantu Perdana Menteri.
"Dan yang saya sedih lagi apabila dia dedahkan kepada pemimpin pembangkang dan ianya berlaku dalam rumah dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan sayap Umno Lembah Pantai, di sini, hari ini.
Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan turut mendakwa, rakaman video itu sengaja diaturkan dalam rumah Muhyiddin.
"Ia seolah-olah diatur, kerana ia berlaku dalam rumah dia, kecuali ia berlaku di luar rumah," katanya lagi. - sharian

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.