Followers

Sunday, August 9, 2015

PKR: Adakah sejarah akan terlakar sekali lagi di Johor?


Bob Kelanang's photo.

BATU PAHAT, 8 OGOS: Pengkhianatan Umno-Barisan Nasional (BN) terbukti bukan sahaja ditentang dan ditolak rakyat malahan pihak Istana Johor yang menunjukkan reaksi perkembangan politik negara terkini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, gabungan rakyat dan istana pastinya menjadi harapan baru kepada rakyat Malaysia.


Katanya, suara Istana Johor juga memperkukuhkan kehendak rakyat yang mahukan perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan.


“Sejarah Semenanjung ini bermula di Johor dengan Istana mengambil bahagian, bergabung dengan rakyat.
“Adakah sejarah akan terlakar sekali lagi di Johor, adakah ini titik permulaannya.


“InsyaAllah. Kita doakan bersama,” katanya di hadapan 200 wakil Majlis Pimpinan Negeri dan cabang Johor.


Beliau berucap demikian dalam Majlis Jelajah Amanat Presiden Johor di Hotel Landmark di sini petang ini.


Selain itu, Wan Azizah turut berkesempatan melancarkan ‘rebranding’ PKR Johor dengan slogan Demi Rakyat Johor.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim dilihat lantang memuat naik status di laman sosial berbicara tentang konflik politik di Malaysia.


Malah, pihak istana turut menitahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda Sultan Johor sehari selepas beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Tindakan Istana Johor itu mendapat sokongan luar biasa rakyat dan warga netizen yang menyuarakan harapan kepada campur tangan istana bagi menyelamatkan negara.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.