Followers

Thursday, August 20, 2015

Perhimpunan Bersih 4 mahu guling Najib, kata Nur Jazlan OLEH JENNIFER GOMEZ



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa penganjur Bersih 4 menghormati pihak polis yang disifatkannya amat bertolak ansur.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa penganjur Bersih 4 menghormati pihak polis yang disifatkannya amat bertolak ansur. –

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengatakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 mempunyai niat untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Beliau juga berkata, pihak polis sudah sangat bertolak ansur dengan pihak penganjur kerana mencadangkan tempat-tempat lain, dan mempersoalkan niat sebenar Bersih 2.0 yang berdegil mengadakan perhimpunan pada minggu Hari Kebangsaan.

"Saya tidak akan mengambil bahagian kerana Bersih tidak mempunyai niat sebenar, mereka hanya mahu menjatuhkan perdana menteri, dan saya merupakan seorang anggota pentadbiran," kata bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu.



Nur Jazlan mempersoalkan keengganan pihak penganjur berundur dan mengubah tarikh perhimpunan tersebut agar tidak mengganggu persiapan untuk sambutan Hari Kebangsaan.

"Sebab itu niat mereka dipersoalkan, pihak polis yang sedia ada amat bertolak ansur," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, tidak ada polis yang lain di dunia ini bertolak ansur seperti polis Malaysia, dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan.

"Bersih harus menghormati polis. Pihak polis bertanggungjawab untuk keselamatan rakyat. Mereka diberi kuasa oleh kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang," katanya. – 20 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.