Followers

Monday, August 24, 2015

Paul: Masyarakat letak harapan terlalu tinggi - MALAYSIAKINI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low mengeluh berhubung harapan terlalu tinggi masyarakat umum kepadanya sejak memegang jawatan menteri, yang mana beliau masih belum dapat memenuhi.

Beliau berkata mereka meletakkan harapan terlalu tinggi terutamanya kerana mereka mahu melihat ketelusan dan sifar rasuah serta-merta susulan beliau dilantik menyelia isu rasuah, ketelusan dan hak asasi manusia.

Dalam temu bual dengan Sin Chew Daily, bekas pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) itu mengakui beliau belum mampu untuk melaksanakan apa yang masyarakat umum harapkan.

Beliau berkata adalah mustahil untuk melakukannya kerana beliau sedang berdepan dengan budaya yang berakar umbi yang memerlukan masa untuk memperbetulkannya.

Low berkata beliau masih belum mencapai sasaran kerana pembaharuan memerlukan masa yang panjang, tetapi mendakwa agensi kerajaan banyak membuat penambahbaikan dan beliau akan meneruskan tugasnya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.