Followers

Monday, August 24, 2015

Pasai apa Najib masih tak saman Sarawak Report, WSJ...


DAP hari ini mengajukan soalan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum menyaman Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan mereka mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dikatakan dipindahkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Ia susulan pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengatakan tiada satu sen pun dari wang itu datang daripada dana pencen kerajaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, laman web pemberi maklumat dan akhbar kewangan itu mendakwa dengan jelas, RM42 juta dana yang berasal dari bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, disalurkan terus ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Kalau Zahid begitu pasti tiada wang yang masuk ke akaun perdana menteri datangnya dari SRC International, yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, kenapa Najib tidak menyaman kedua-dua WSJ dan Sarawak Report kerana membuat fitnah?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimana timbalan perdana menteri yang baru ini boleh buat kesimpulan yang ketuanya tidak pernah menerima satu sen pun dari SRC International, yang dibiayai sepenuhnya dengan wang RM4 bilion daripada KWAP, dijamin oleh Kerajaan Persekutuan?

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata sekiranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu pasti tiada wang yang masuk ke akaun perdana menteri datangnya dari SRC International, mengapa beliau tidak menyaman kedua-dua WSJ dan Sarawak Report kerana membuat fitnah?

"Oleh itu, adakah Zahid berbohong, bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada ahli Umno, hanya untuk membantu perdana menteri supaya terus berkuasa, sebagai ganjaran kerana menaikkan pangkat beliau?" soal Pua. Zahid berkata semalam, wang AS$700 juta itu bersumberkan hanya seorang penderma dari Timur Tengah, dan ia disalurkan melalui pelbagai syarikat untuk mengelak daripada dikesan.

"Tiada wang KWAP digunakan oleh Umno atau didepositkan ke dalam akaun Najib. Saya lihat dokumen-dokumennya,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor. "AS$100 juta yang pertama adalah cek atas nama Najib.

Pemindahan dana berikutnya melalui pelbagai saluran dan firma kerana penderma tidak mahu dilihat yang satu cek besar ditulis di bawah nama Najib," katanya.

Zahid berkata, semua sumbangan yang dibuat penderma itu bertujuan membantu Umno sebagai pembiayaan politik. – tmi Why hasn’t Najib sued Sarawak Report, WSJ... Ridhuan_Abdul_600 Another folklore... 'Arab king and prince’ gave Najib the RM2.6billion...

An Umno divisional leader said today that an “Arab king and prince” had donated the US$700 million (RM2.6 billion) in funds reportedly deposited in private bank accounts in the name of Umno president and prime minister Najib Razak. Kepong Umno division chief Ridhuan Abdul Hamid said the money was meant to be a political donation for use in the 2013 general election.

He said the Arab family had made the donation “because of Najib’s anti-Jewish stance”, according to Malay Mail Online. “Because of that, the Arab king,

Arab prince generously made the political donation for use during the 13th general election,” he was quoted as saying in a speech at the division’s delegates meeting. News reports last month had linked the deposit to companies associated with the governent’s investment arm 1Malaysia Development Bhd which is under investigation after reports of its debts and dubious financial investments.

However Najib said the money was a donation and the anti-corruption agency MACC said it had come from donors in the Middle East.

Yesterday, Umno vice-president Ahmad Zahid Hamidi revealed that he had met with representatives of the Middle Eastern donor’s family and was told that the money was to help keep Umno and the Barisan Nasional in power, as Malaysia was a Sunni country. - fmt Nasi Putih -

Another new piece of info - king and prince. What's next after this. Why don't you all sit down with your spin doctors and work out a cohesive and 360° story with no inconsistencies among the various appointed defenders ?instead of ridiculous blunders as if there's a challenge to see who is more stupid. Barney Muthu -

WOW! this guy Ridhuan Abdul Hamid msut have been beside Najib in Saudi Arabia with Ahmad Zaid when the money was handed over to Najib. First eye witness. Thomas Chong -

Seem like UMNO is very good in making up and telling fairy tales. Yes! Plenty of fairy tales come soon from UMNO again and again! Aren't they have something more important to do than telling fairy tales? Lim Hong Kai - Why the Arabs are so generous to UMNO only? There are many countries in the region who are against extremists in Islam. They never receive billion dollar help from them. Why? Why? Very suspicious.

Derek Lim - Yeah, you are right. An Arab king and prince not only gave him rm2.6 billions, but a flying carpet and a magical lamp too to aid him in fighting the Zionist..lol...Never mind that Zionist and Jews don't exist in bolehland . He can now put his hardly used little dumb brain to turbo mode and fantasise that he is riding on the flying carpet and whacking the head of those non existant jews with the magical lamp... Tahukah siapa ‘Geng Hang Tuah’ dan ‘Si Kitol'...

Dalam suasana kemusykilan tentang misteri pemindahan kakitangan dan penamatan kontrak pegawai dalam badan penguatkuasaan dan entiti penyiasatan kawal selia yang berkaitan dengan agensi pelaburan kerajaan yang diselubungi hutang 1MDB, bekas orang nombor dua polis Cawangan Khas (SB) telah mendakwa satu penutupan sedang dilakukan. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, bekas timbalan pengarah SB Abdul Hamid Bador telah mendakwa kewujudan sebuah kumpulan sulit yang beliau gelar “Geng Hang Tuah” sedang cuba untuk menggagalkan penyiasatan 1MDB.

Walaupun enggan untuk mendedahkan identiti mereka yang terlibat buat masa ini, Abdul Hamid memberitahu portal berita itu tentang konspirasi yang dikatakan apabila beliau ditanya mengenai mesej WhatsApp palsu yang tersebar yang melibatkan beliau.

Mesej palsu itu mendakwa bahawa beliau akan membuat satu laporan ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi dengan editor laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak. Menyalahkan Geng Hang Tuah untuk mesej palsu itu,

Abdul Hamid mendakwa bahawa kumpulan itu didalangi oleh ‘Si Kitol’, menggunakan nama pengkhianat yang menjual rahsia ketenteraan Melaka kepada Portugis, justeru membenarkan kuasa Barat itu mengalahkan kerajaan Melayu. “Saya pasti ianya datang dari kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab terhadap maklumat palsu ini, termasuklah individu yang dikenali sebagai Si Kitol,”

Abdul Hamid memberitahu portal berita itu, berikrar untuk mendedahkan individu itu apabila tiba masanya.

Beliau dilaporkan berkata bahawa kumpulan sulit itu mahu menghentikan sebarang siasatan atau soal jawab berkaitan 1MDB dan sanggup untuk “mencium tangan untuk melindungi kepentingan peribadi”.

Abdul Hamid turut memberitahu portal itu bahawa beliau telah diberi amaran supaya berjaga-jaga tentang perkara ini, tetapi berikrar untuk tetap memberitahu perkara sebenar. Bekas orang nombor dua SB itu telah dipindahkan ke Jabatan Perdana

Menteri untuk ditangungjawabkan menjaga jabatan sekuriti baru dan juga telah diarahkan untuk bercuti sebelum melakukan tugas baru beliau.

Beliau mendakwa kurang jelas tentang sebabnya walaupun KPN Khalid Abu Bakar berkata bahawa pemindahan itu adalah normal.

Pemindahan Abdul Hamid diikuti persaraan ketua SB Akhil Bulat bulan lau, telah menjurus kepada persoalan adakah cawangan perisikan hebat polis itu sedang ‘dibersihkan’. - Hazlan Zakaria,theantdaily Jom join kami... cheers.



Posted by ali allah ditta

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.