Followers

Monday, August 24, 2015

NAJIB SEMAKIN HARI SEMAKIN MERAPU ? Saya juga ada hak dalam parti, kata Najib

 
Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau menegaskan akan terus memimpin parti kerana dipilih menerusi sistem yang demokratik.

Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau menegaskan akan terus memimpin parti kerana dipilih menerusi sistem yang demokratik. .

Sebagai presiden Umno yang dipilih oleh perwakilan menerusi sistem pemilihan parti yang demokratik, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mempunyai hak di dalam parti.

Oleh kerana itulah, katanya beliau akan terus memimpin Umno.

"Saya juga ada hak dalam parti. Saya dipilih oleh perwakilan dalam sistem yang paling demokratik dalam Umno, tiada undi bonus, tiada kuota, terbuka, ahli Umno pilih saya. Selagi ahli Umno pilih saya, mahu pada saya, saya tetap akan terus memimpin Umno," katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah.

Najib berkata sebagai "orang parti" yang berkecimpung di dalam politik selama lebih 40 tahun, beliau akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan parti.

Katanya, ada juga yang mengatakan beliau "tidak cengeng" dan lembut dalam memimpin parti dan kerajaan.

"Orang kata saya tak cengeng, saya lembut tetapi jangan, (kerana) ada hadnya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan 'korek kapal,'" katanya yang merujuk kepada mereka yang merosakkan parti daripada dalam.

Najib berkata, ada perkara dan benda yang tidak sepatutnya "dikorek" dan sekiranya mahu "mengoreknya" juga, boleh bertemu dengan beliau secara tertutup.

"Kalau nak korek, datang jumpa saya secara tertutup, saya hormat. Tapi jangan buat secara terbuka dan rosakkan parti, saya tak hormat," katanya.

Perdana menteri memberikan analogi permainan bola sepak iaitu beliau sebagai pengurus pasukan memiliki kata putus di dalam pemilihan pemain-pemain dan posisi mereka sama ada di bahagian pertahanan, tengah dan penyerang.

"Kita main sebagai satu pasukan dan jikalau ada orang jaringkan gol sendiri, apa saya nak buat sebagai pengurus?" katanya.

Najib berkata apa yang penting di dalam Umno adalah anggotanya mengamalkan sikap dan semangat berpasukan yang tinggi bagi memastikan parti dapat mengatasi cabaran yang mendepaninya.

Katanya kerjasama erat sesama anggota, kesetiaan dan kasih sayang terhadap parti akan memastikan kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Sebagai presiden Umno dan pengerusi BN, katanya beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap parti dan anggotanya.

Beliau mahu anggota Umno mencontohi kesetiaan yang ditunjukkan oleh Bashah yang tidak membantah ketika Mukhriz dipilih sebagai menteri besar Kedah walaupun ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. – Bernama,


- See more at: http://www.themalaysianinsider.

Saya juga ada hak dalam parti, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau menegaskan akan terus memimpin parti kerana dipilih menerusi sistem yang demokratik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Ogos, 2015.Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau menegaskan akan terus memimpin parti kerana dipilih menerusi sistem yang demokratik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Ogos, 2015.
Sebagai presiden Umno yang dipilih oleh perwakilan menerusi sistem pemilihan parti yang demokratik, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mempunyai hak di dalam parti. Oleh kerana itulah, katanya beliau akan terus memimpin Umno.
"Saya juga ada hak dalam parti. Saya dipilih oleh perwakilan dalam sistem yang paling demokratik dalam Umno, tiada undi bonus, tiada kuota, terbuka, ahli Umno pilih saya. Selagi ahli Umno pilih saya, mahu pada saya, saya tetap akan terus memimpin Umno," katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star hari ini. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah.
Najib berkata sebagai "orang parti" yang  berkecimpung di dalam politik selama lebih 40 tahun, beliau akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan parti.
Katanya, ada juga yang mengatakan beliau "tidak cengeng" dan lembut dalam memimpin parti dan kerajaan.
"Orang kata saya tak cengeng, saya lembut tetapi jangan, (kerana) ada hadnya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan 'korek kapal,'" katanya yang merujuk kepada mereka yang merosakkan parti daripada dalam.
Najib berkata, ada perkara dan benda yang tidak sepatutnya "dikorek" dan sekiranya mahu "mengoreknya" juga, boleh bertemu dengan beliau secara tertutup.
"Kalau nak korek, datang jumpa saya secara tertutup, saya hormat. Tapi jangan buat secara terbuka dan rosakkan parti, saya tak hormat," katanya.
Perdana menteri memberikan analogi permainan bola sepak iaitu beliau sebagai pengurus pasukan memiliki kata putus di dalam pemilihan pemain-pemain dan posisi mereka sama ada di bahagian pertahanan, tengah dan penyerang.
"Kita main sebagai satu pasukan dan jikalau ada orang jaringkan gol sendiri, apa saya nak buat sebagai pengurus?" katanya.
Najib berkata apa yang penting di dalam Umno adalah anggotanya mengamalkan sikap dan semangat berpasukan yang tinggi bagi memastikan parti dapat mengatasi cabaran yang mendepaninya.
Katanya kerjasama erat sesama anggota, kesetiaan dan kasih sayang terhadap parti akan memastikan kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Sebagai presiden Umno dan pengerusi BN, katanya beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap parti dan anggotanya.
Beliau mahu anggota Umno mencontohi kesetiaan yang ditunjukkan oleh Bashah yang tidak membantah ketika Mukhriz dipilih sebagai menteri besar Kedah walaupun ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. – Bernama,
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-juga-ada-hak-dalam-parti-kata-najib#sthash.kIGLRXka.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.