Followers

Tuesday, August 25, 2015

Nazir bimbang ekonomi, ketengah arca lembu rebah


 
Pihak di tampuk kuasa patut berhenti mengeluarkan “kata-kata bodoh” supaya tidak menjejaskan pemulihan ekonomi negara, kata Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak.

Beliau hari ini memuat naik sekeping gambar arca lembu yang rebah untuk menggambarkan keadaan pasaran yang lemah serta melontarkan persoalan sama ada ia telah mati.
“Mati atau cedera? China akan tentukan,” tulis adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu ketika menyentuh berhubung pasaran-pasaran baru.
 
 
“Terima atau sesuaikan dengan segera.
 
“Sementara itu, modal bersifat amat sensitif; berita buruk dan petanda buruk lebih memberi kesan, jadi orang 'berkuasa' mesti elak cakap perkara bodoh,” tulisnya lagi.

Nazir membuat kenyataan itu selepas ringgit melepasi tahap RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS), prestasi terburuk dalam 17 tahun.
Berbanding ekonomi serantau juga, ringgit juga menunjukkan nilai lemah.
Sebagai contoh, pada Isnin, ringgit mencecah 3 untuk sedolar Singapura, sebuah rekod rendah terbaru.

Kelembapan ekonomi global antaranya banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi China.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.