Followers

Tuesday, August 25, 2015

Mat Sabu gesa semua wakil rakyat PAS letak jawatan

Semua Adun Dan MP PAS Termasuk Presiden Yang Kaki Ponteng Patut Letak Jawatan

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menggesa wakil rakyat PAS, sama ada ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Adun), melepaskan jawatan masing-masing, lapor Utusan Malaysia hari ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dipetik akhbar milik Umno itu berkata, kemenangan wakil rakyat PAS dalam pilihan raya umum lalu merupakan kemenangan atas tiket pakatan pembangkang.

"Mereka (ahli PAS) yang sepatutnya letak jawatan, kerana tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, yang turut disertai DAP dan PKR," katanya selepas majlis pelancaran GHB peringkat negeri di Bukit Mertajam malam tadi.

Pada masa sama, Mat Sabu mendakwa terdapat lebih ramai ahli PAS di seluruh negara meninggalkan parti itu selepas ini dan menyertai GHB.

"Mereka secara berperingkat akan umum keluar PAS dan dalam hal ini, kami (GHB) tidak memaksa, dan memberi arahan kepada mereka supaya berbuat demikian, sebaliknya dilakukan atas kerelaan sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, GHB bersedia mengambil alih peranan PAS yang gagal menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum sejak beberapa penggal lalu dan prestasi itu tidak setanding dengan DAP dan PKR.

"Di negeri ini (Pulau Pinang), kita bagi bertanding di 5 kerusi DUN tetapi menang satu saja berbanding PKR yang menang 10 kerusi, manakala DAP paling cemerlang kerana menang di kesemua 19 kerusi.

"Jadi, baki 4 kerusi DUN yang gagal ditawan oleh parti lama saya, akan digunakan GHB untuk bertanding," katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bekas ahli PAS yang menyertai parti baharu, termasuk GHB, perlu meletak jawatan mereka kerana sudah berbai'ah sewaktu menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat. -TMI


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.