Sudah beberapa hari penyiasat Peranchis kata tiada bukti bahawa flaperon yang ditemui itu cebisan peasawat yang hilang di selatan Lautan Hindi Selatan.
Tiada, No, Nein, Nahīṁ, Hayır, Illek, Méiyǒu.
PENYIASAT GAGAL CARI BUKTI IA CEBISAN MH370 (GR) |
Bukan Yong cakap yer. Ini penyiasat Peranchis yang cakap. Yong antara
orang yang setuju dengan teori fisik gelombang air laut - Yakni debris
boleh terdampar di sekitar timur Afrika jika benar pesawat MH370 jatuh
di selatan Lautan Hindi Selatan.
Tak tau siapa nasihat Najib sampai yakin benar dia mendahului penyiasat!
PAKAR DARI MANA TU? (MALAYSIAKINI) |
Yong tunggu kalau-kalau ada kenyataan baru dari penyiasat, atau Boeing,
atau dari pihak Malaysia mengenai flaperon tersebut, tetapi...
Tiada, No, Nein, Nahīṁ, Hayır, Illek, Méiyǒu.
Patutlah keluarga mangsa dakwa bahawa "mereka" tidak bercakap benar:
SIAPA MEREKA YANG DIDAKWA KELUARGA "BERBOHONG" ITU? (INDEPENDENT) |
Hari ini Australia heboh nak guna peralatan baru. Konon lebih canggih.
Yang dulu, kononnya semakin dalam ke dasar lautan, imej semakin blur
(kabur).
BERSUNGGUH NAK CARI ATAU NAK SHOW-OFF? (GLOBALNEWS) |
Hok-aloh!....kalau dah tahu ada alat yang canggih, apa pasal tak guna?
Buat apa guna alat yang tak canggih? Nak bagi business pada kroni kah?
Australia pun main kroni jugak kah?
SONAR INI TAK CUKUP CANGGIH (DAILYMAIL) |
Atau...adakah sememangnya pesawat itu tiada di situ? Guna alat canggih
mana pun takkan jumpa. Jadi, apakah tujuannya? Untuk dijadikan " a good
story telling" perniagaan?
Kalau tak jumpa sebab alat pengesan itu tak canggih, takde bezalah dengan alat ini:
ALAT RAJA BOMOH |
Jangan salahkan Yong kalau kepercayaan kepada team pencari MH370 ni semakin lama semakin tipis.
********************
Sekadar perkongsian dan ingatan untuk diri sendiri.
Surah Al-Anfal, ayat 27:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya) (Al Anfal: 27).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.